“Ni Ke Pernah Tegur Puteri Balqis?” – Netizen Kecam Mia Sara Terkinja-Kinja Menari Di TikTok

Entertainment
26 Aug 2022 • 12:30 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sebelum ini, pelakon Puteri Balqis pernah meluahkan rasa terkilan apabila Mia Sara menyentuh hasil didikan keluarga ke atas dirinya.

Dia mengakui berasa tersinggung kerana ibu yang selama ini membesarkannya turut menerima tempias.

Terbaru, tindakan Mia Sara menari di TikTok membuatkan netizen mengimbau kembali teguran yang pernah ditinggalkan pelakon ini berkenaan Puteri Balqis.

image is not available

Netizen dipercayai menegur Mia Sara yang dilihat rancak menari mengikut trend TikTok. Bagi mereka, adalah lebih manis jika wanita bertudung seperti Mia mengurangkan aktiviti seperti itu.

Menjengah di ruangan komen, pelbagai reaksi yang ditinggalkan netizen. Menurut mereka, teguran yang diberikan Mia Sara mengenai Puteri Balqis telah memakan diri.

image is not available

image is not available

Semoga adik Mia mengambil teguran ini dengan hati yang terbuka. Tegur maknanya sayang, betul tak?

Kredit: TikTok Mia Sara

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.