“Ni Lah Nama Dia Aib, Benda Yang Dalam Selimut Kena Simpan Dalam Selimut” – Caprice

Entertainment
30 Jul 2024 • 3:05 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
caprice

Penyanyi rap Caprice tampil mengulas isu ugutan menyebarkan video hubungan intim yang dibuat seorang influencer terhadap bekas isterinya.

Menurut Caprice, hal peribadi sebegitu sepatutnya dijadikan rahsia kerana melibatkan aib masing-masing.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli turut menyedarkan masyarakat mengenai perbezaan aib dan jenayah.

Malaysia, inilah nama dia aib. This is aib, apa orang kata benda yang dalam selimut kena simpan dalam selimut. Keep it under the covers. Daripada masyarakat tak tahu tiba-tiba 1 Malaysia tahu.

Katanya, lebih mengecewakan apabila ada netizen yang menyebelahi pihak-pihak tertentu sedangkan isu melibatkan aib kedua-duanya.

Di ruangan komen, pelbagai respon yang ditinggalkan netizen berhubung isu tersebut. Rata-ratanya meluahkan rasa terkejut mendapat tahu ada pasangan yang tergamak merakam video seks sendiri.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Terdahulu, tular pendedahan Ananda Natasha mendakwa bekas suaminya mengugut mahu menyebarkan video mereka ‘bersama’.

Natasha berkata, ugutan tersebut tercetus selepas dirinya mendesak Andika membayar semula hutang selama berkahwin.

image is not available

Jap!