“Ni satu dunia tahu” – Kisah Isteri Diceraikan Lepas Jaga Suami Lumpuh Tular Di Luar Negara

Entertainment
29 Oct 2024 • 4:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, kisah seorang wanita yang telah diceraikan selepas menjaga suaminya sakit selama enam tahun meraih perhatian ramai.

Kisah itu tular selepas wanita terbabit mengucapkan tahniah atas perkahwinan baharu bekas suaminya itu.

Dah viral ke luar negara

Siapa sangka, kisah hidup wanita itu turut menjadi liputan portal-portal antarabangsa seperti di negara Arab, Pakistan dan Indonesia.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik pengguna media sosial di platform X, kisah wanita itu dikongsikan dalam bahasa Arab dan meraih perhatian netizen di sana.

Bukan itu sahaja, turut dipaparkan beberapa foto ketika wanita berkenaan menjaga suaminya yang terlantar di pusat rawatan kira-kira enam tahun lalu.

image is not available

Hantaran yang dikongsikan itu telah meraih lebih tiga juta tontonan dan lebih dua ribu komen.

Sejak ia tular, kebanyakan porta berita di Indonesia juga membuat liputan tentang kisah tersebut. Tidak ketinggalan juga portal dari Pakistan turut menulis cerita berkenaan.

 

image is not available

Sebelum ini, wanita berkenaan telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pihak bekas suami dan isteri baharu kerana hantarannya telah membuatkan kedua-dua pihak menerima kecaman ramai.

Katanya, tujuan dia memuat naik hantaran itu untuk menjawab pertanyaan orang ramai berhubung perkara tersebut.

Dalam pada itu, dia juga menjelaskan bahawa bekas suaminya itu telah menjalankan tanggungjawab kepada dirinya dan anak sepanjang perkahwinan malah selepas berpisah juga, lelaki itu tidak pernah culas membayar nafkah.

Semoga jadi pengajaran untuk kita semua dan doakan yang baik-baik untuk mereka…

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.