Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Disebabkan manusia boleh bereksperimen dalam dunia fesyen tanpa batasan atau sempadan, maka timbullah pelbagai rekaan produk yang unik dan pelik.
Kalau dulu fesyen pakaian lebih ringkas dan mudah difahami, sekarang semakin banyak rekaan unik yang membuatkan orang ramai tertanya-tanya.
Ada yang nampak seperti dua helai pakaian digabungkan, malah ada juga yang sekali pandang terus buat orang keliru.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan satu rekaan kain yang begitu unik. Pada bahagian atas ia seperti sehelai seluar namun pada bahagian pula sama seperti kain skirt.
Fesyen itu pantas meraih perhatian ramai sehingga mencetuskan persoalan mengenai tujuan sebenar rekaannya selain ada yang turut mempertikaikan tahap keselesaan apabila dipakai.
View this post on Instagram
Artikel berkaitan: “Trend gigi hitam?” – Ini 7 Fesyen Paling Pelik Yang Pernah Wujud Dalam Sejarah
Artikel berkaitan: “Fesyen style apa ni?”- Ramai Pelik Tengok Cara Individu Ini Berfesyen, Pakai Kasut Ada ‘Sangkar’ Tikus
“Seluar donut ke?”
Rata-rata netizen yang melihat video itu sempat berseloroh mengenai rekaan seluar itu. Ada yang menggelarnya sebagai ‘seluar mengintip’ dan ‘seluar donut’ kerana bukaan di bahagian tengahnya.
Malah, ada juga yang berjenaka mendakwa rekaan itu ‘sesuai untuk ahli sihir kerana lebih mudah untuk menunggang penyapu terbang’.


Disebabkan rekaannya yang nampak macam skirt tetapi sebenarnya seluar, ada yang mencadangkan istilah baharu iaitu ‘skants’.
Sumber: Instagram
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.
