Niaga hadapan emas ditutup rendah hari kedua

Business & Finance
6 Sep 2023 • 8:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan 123RF

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada hari kedua berturut-turut, menjejaki prestasi lemah dalam niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (Comex) Amerika Syarikat dalam tempoh semalaman.

Pada penutupan dagangan, kontrak bagi bulan semerta September 2023 menyusut kepada AS$1,929.30 bagi setiap auns troy daripada AS$1,938.20 pada Selasa, manakala kontrak Oktober 2023 berkurangan kepada AS$1,939.10 daripada AS$1,948.0 sebelum ini.

Kontrak bagi November 2023, Disember 2023, Februari 2024 dan April 2024 pula masing-masing ditutup pada AS$1,949.10 bagi setiap auns troy.

Jumlah dagangan meningkat kepada 49 lot berbanding dua lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka naik kepada 124 kontrak daripada 77 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal adalah AS$1926.10 bagi setiap auns troy seperti yang dikeluarkan oleh Persatuan Pasaran Jongkong London berdasarkan penetapan pada 5 September. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved