Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Business & Finance
28 Aug 2023 • 9:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki prestasi niaga hadapan emas Comex AS. Foto hiasan 123RF

NIAGA hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki prestasi niaga hadapan emas Comex AS.

Pada penutup dagangan, kontrak untuk bulan semerta Ogos 2023 meningkat kepada AS$1,921.30 setiap auns troy daripada AS$1,918.30 pada Jumaat lalu, manakala September 2023 naik kepada AS$1,930.10 auns troy daripada AS$1,927.10 sebelumnya.

Kontrak Oktober 2023, November 2023, Disember 2023 dan Februari 2024 semuanya ditutup pada AS$1,939.70 setiap auns troy.

Jumlah dagangan merosot kepada 11 lot daripada 20 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka turun kepada 98 kontrak daripada 107 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal berada pada AS$1,915.50 setiap auns troy seperti yang diterbitkan London Bullion Market Association pada 25 Ogos. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved