Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Business & Finance
30 Mar 2023 • 9:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis dengan sejumlah 35 lot diniagakan.

NIAGA hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis dengan sejumlah 35 lot diniagakan.

Kontrak bulan semerta Mac 2023 berada pada AS$1,967.00 setiap troy auns (AS$1=RM4.4185).

Kontrak bagi April 2023, Mei 2023, Jun 2023, Ogos 2023 dan Oktober 2023 semuanya ditutup pada AS$1,973.40 setiap troy auns.

Harga emas fizikal berada pada AS$1,965.00 setiap troy auns seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 29 Mac, 2023. - Bernama