Tular di media sosial video memaparkan seorang peniaga wanita ditegur kerana membuka meja menjual nasi lemak RM1 di kawasan pejalan kaki.
Dalam rakaman kedengaran pengusaha kantin yang turut menjual nasi lemak di kawasan itu berkata jualannya tak habis gara-gara nasi lemak RM1 tersebut.
Dia merasakan ianya tak adil kerana dia menyewa sebanyak RM900 sebulan menjual nasi lemak berlauk. Sedangkan akak nasi lemak RM1 buka meja secara ‘rambo’ dan secara tak langsung dah memotong rezekinya.
Akak nasi lemak RM1 buka meja berniaga secara ‘rambo’
Difahamkan pengusaha kantin menegur secara baik kerana tak mahu melaporkan kepada pihak berkuasa.
Saya meniaga kantin kat bawah tu, saya ada tender KKM. Akak tutup jalan utama. Kalau dah nasi lemak RM1 mati la kami semua.
Namun, akak nasi lemak membidas menyatakan dia tak tutup jalan dan rezeki sudah ditentukan Allah SWT. Jadi dia tak boleh dipersalahkan hanya kerana jualan nasi lemak di kantin tak laku.
Didakwa kacau rezeki peniaga di kantin
Replying to @uncle_zahin part 2 Siapa yang Salah?#kubard83 #fyppppppppppppppppppppppp #peniagatepijalan
Masing-masing mula bertekak apabila akak nasi lemak ini berkata peniaga harus tawakal dengan rezeki bukannya menyalahkan orang lain.
Akak nasi lemak RM1 juga tak takut jika dia dilaporkan kepada MBSA kerana berniaga di situ.
Apa pendapat korang pula?
Kredit: Tiktok @ku_bard83

![[VIDEO] "Ni Namanya Orang Nak Pergi Haji Balik Hari" - Pemuda Kecewa Beli Popia RM1 Sebatang, Tapi Inti Cuma 2 Urat Tauge!](https://cdn.newswav.com/img/topic/local.jpeg)

