Niat Baik Mahu Beribadah, Muallaf Bawa Babi Untuk Korban

21 Jun 2024 • 4:13 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tular di media sosial seorang muallaf dari Papua, Indonesia yang bawa seekor babi ke masjid untuk dijadikan korban sempena sambutan hari raya Aidil Adha.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, @folkative telah memuat naik satu video memaparkan seekor babi yang sedang berada di atas sebuah kenderaan.

Muallaf bawa babi untuk korban tanpa sengaja

Pada video tersebut, ia menerangkan bahawa muallaf asal Papua itu masih belum memahami sepenuhnya hukum agama, oleh itu dia membawa babi tersebut untuk dijadikan korban.

“Kerana belum faham, seorang muallaf Papua membawa haiwan korbannya ke masjid untuk disembelih,” tulisnya pada video tersebut.

image is not available

Sementara itu, ustaz yang bertanggungjawab terhadap ibadah korban di kawasan tersebut juga tidak dapat berkata apa-apa dan hanya mampu tersenyum.

Individu yang menangkap video tersebut serta warga setempat pula masing-masing terhibur dengan kesalahan lelaki muallaf tersebut dan tidak memarahinya.

“Ini korban haji. Dapat satu kan, Alhamdulillah. Ini dagingnya segar. Ustaz, macamana?” ujarnya berseloroh sambil tertawa.

image is not available

Tidak cukup dengan itu, warga setempat yang turut berada di kawasan masjid turut berseloroh haiwan itu hanya boleh dijadikan mas kahwin.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pujian dan penghormatan terhadap lelaki tersebut atas usahanya walaupun belum memahami ajaran Islam sepenuhnya.

Tak apa, niat dah bagus tapi jangan ulang

image is not available

Hormat dia, niat dah baik

image is not available

Niat dah bagus

image is not available

Jangan ketawakan dia

image is not available

Dalam pada itu, ada juga warganet yang terhibur dengan kejadian tersebut dan tiada siapa yang mengecam kesalahan lelaki muallaf tersebut.

Kelakar

image is not available

Belum sampai masa untuk babi dikorbankan

image is not available

Ketawa teruk ni

image is not available

Belum sampai jadual untuk haiwan ini

image is not available

Tak apa, yang penting niat tu dah betul. Tahun depan boleh bawa haiwan yang betul.

Sumber: Instagram @folkative