Kerbau Korban Terlepas Ikatan, Wanita Cedera Kena Sondol Demi Selamatkan Anak Di Sabah

19 Jun 2024 • 12:49 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Hampir merempuh anak, ibu berusia 40 tahun cedera selamatkan anak

Kerbau Korban Terlepas Ikatan, Wanita Cedera Kena Sondol Demi Selamatkan Anak Di Sabah. Satu kejadian malang telah berlaku di Kampung Rampayan, Manggatal, Sabah pada hari Isnin lalu apabila seorang wanita berusia lebih kurang 40 tahun telah tercedera selepas disondol oleh seekor kerbau yang terlepas daripada ikatan.

Menurut laporan, kerbau tersebut sepatutnya dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha oleh penduduk kampung itu. Namun, ia terlepas daripada tali pengikatnya semasa memindahkan kerbau itu ke kawasan penyembelihan.

image is not available
Kerbau Korban Terlepas Ikatan, Wanita Cedera Kena Sondol Demi Selamatkan Anak Di Sabah

Insiden menyayat hati ibu dilangar kerbau korban demi anak

Kerbau yang terlepas itu kemudiannya bergerak membabi buta di sekitar kawasan tersebut. Ia hampir merempuh seorang kanak-kanak, namun mangsa wanita yang juga ibu kanak-kanak itu telah menyelamatkan anaknya.

Malangnya, beliau sendiri tersondol oleh kerbau itu menyebabkan tulang kakinya retak. Mangsa terpaksa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Menurut Timbalan Pengerusi Surau Ar-Rahman Kampung Tobur, Ali Osman Ismail, selepas beberapa masa kerbau itu akhirnya berjaya ditangkap semula dan dikorbankan. Empat lagi ekor kerbau turut dikorbankan oleh pihak surau itu.

Baca juga artikel yang berkaitan: