Niat Dan Pahala Seiring, Goodies Baldi Buat Tetamu Idea Unik

Entertainment
6 Jan 2024 • 1:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bila ada kenduri pastinya tuan rumah akan memberikan buah tangan atau goodies bag buat tetamu yang hadir.

Kebiasaannya, buah tangan yang diberikan dalam bentuk makanan atau barangan.

Namun jarang kita melihat barangan keperluan seperti baldi dijadikan goodies kepada tetamu.

Baru-baru ini, tular sebuah video di mana kelihatan para tetamu sebuah majlis telah mendapat baldi pada majlis itu.

Video tersebut dikongsikan oleh pengguna Instagram yang dikenali sebagai CikSazaa.

Menurut kapsyen dalam video tular itu, idea untuk memberikan baldi kepada tetamu merupakan idea ibu pemilik video.

Rata-rata warganet dilihat terhibur dengan pemilihan goodies itu kerana ramai yang berpendapat bahawa idea untuk memberikan baldi kepada tetamu adalah unik dan bernas.

image is not available

image is not available

Apa lagi barangan yang boleh dijadikan goodies kepada tetamu selain dari baldi?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.