Niat Kongsi Rezeki, Ajak Shiro Hadiahkan Cawangan Restoran Buat Ebby Yus

LocalEntertainment
30 Dec 2024 • 12:13 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perkongsian pelawak dan usahawan Ajak Shiro baru-baru ini telah mengundang respon positif daripada warga maya.

Difahamkan, Ajak telah menghadiahkan cawangan restoran kepada rakan selebriti, pelawak Ebby Yus di Pasar Seni, Kuala Lumpur dengan niat berkongsi rezeki.

Ajak atau nama sebenarnya, Mohd Hanafi Razak berkata dia berbesar hati untuk berbuat demikian kerana ingin membantu Ebby.

Kita kidnapped dia kejap. Berjaya bawa abang Ebby pergi jalan-jalan. Alhamdulillah semakin sihat.

Dia ingat, dia je boleh buat surprised dekat kita masa dia datang makan haritu. Tapi kali ini saya pula buat surprised dekat dia.

Ebby yang pada ketika itu bersama-sama dengan Ajak tidak dapat menyembunyikan rasa teruja dan terkejut dengan pemberian rakannya itu.

Aku tiada upaya ini semua atas urusan Allah SWT. Allah angkat itulah dia. Allahuakbar, semoga Allah sahaja yang dapat balas dan semoga rezeki yang diturunkan Allah untuk kita berkongsi.

image is not available

image is not available

Ebby dalam pada itu dilihat turut menandatangani kontrak perjanjian restoran yang disediakan.

Sebelum ini, pelawak itu dilaporkan mengalami masalah jantung dan buah pinggang serta telah menjalani pembedahan kecil di bahagian perut.

Ebby juga kini berterusan menjalani rawatan dialisis.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 hours ago

Selesai Bayar Setengah Juta, Hutang Rozita Che Wan Perlu Dilunaskan Sebelum Mac 2025 - Asyraf Wajdi