‘Allah yang gerakkan kau’ – Ebby Yus hilang kata-kata, Ajak hadiahkan cawangan baru Restoran Bumbu Babah

LocalEntertainment
30 Dec 2024 • 10:00 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Baru-baru ini tular video yang merakamkan pelawak dan juga penyampai radio, Ajak Shiro memberikan kejutan kepada pelakon, Ebby Yus dengan menghadiahkan cawangan baharu sebuah restoran di Pasar Seni, Kuala Lumpur.

“Saya hadiahkan cawangan Bumbu Babah kat sini pada abang,” kata Ajak.

Bagaikan hilang kata-kata, Ebby Yus hanya tersenyum dan kelihatan sebak mendengar perkhabaran itu.

@ajakshiro_

Kita kidnapped kejap dia. Berjaya Ajak bawak Abg Abby pergi jenjalan. Alhamdulillah semakin sihat..Tengoklah cara dia bercerita..Bunyi macam bapak2 kan? Sebab tu korang jangan kenal dia, nanti korang sayang.. Dia ingat dia je boleh buat suprise kat Ajak masa dia datang makan kat kedai hari tu. Kali ni Ajak pulak buat suprise kat dia.. Insyallah Bang, banyak sama kita kongsi, sikit sama kita rasa.. . Atas sokongan korang semua, cawangan Bumbu Babah Abg Ebby Yus akan dibuka di Central Market.. Insyallah opening minggu depan.. . Yang banyak dm Ajak tanya mana nak jumpa Abg Ebby Yus. Cari dia kat Central Market .Kita ramai-ramai support dia kt sana ye… . Ni la partner baru Ajak..Kamu suka tak? Doakan ye.. . @bumbubabah_hq . #mybuddy

♬ Islam – Lafina

“Aku tak ada daya dan upaya, ini semua atas urusan Allah SWT. Allah gerakkan kau,” katanya.

Bagaimanapun kata Ebby, walaupun Ajak telah memberikan kelonggaran kerana keadaan kesihatannya, namun dia akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menguruskan perniagaan itu.

“Saya mesti bertanggungjawab. Walau dia kata saya tidak perlu bersusah-payah, tetapi saya kena ambil amanah untuk uruskan perniagaan ini.

“Kalau boleh, hari-hari saya mahu ke kedai,” katanya.

Memetik laporan dari mStar, Ebby bersyukur dengan rezeki yang diperolehi dan tidak menyangka kata-kata Ajak untuk membuka cawangan baharu bukannya gurauan.

“Mulanya ingatkan sekadar gurauan sebab ia yang amat besar. Saya hilang kata-kata apabila dia menyerahkan kontrak berhubung perniagaan ini.

“Ajak seorang rakan yang sangat baik. Saya kenal dia sudah lama sejak dia mula terlibat dalam industri,” katanya.