“Niat Nak Bagi Makan Tapi Terlebih Makan Pula..” – Macam Saiz Kanak-Kanak, Kucing ‘Gebu’ Seberat 17 KG Raih Perhatian

9 Sep 2024 • 3:29 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, seekor kucing seperti seorang kanak-kanak telah meraih perhatian ramai susulan beratnya sudah mencecah sebanyak 17kg.

Berat hampir cecah 20kg

Difahamkan dari laporan Mirror UK, kucing yang mengalami obesiti itu telah diselamatkan dari ruang bawah tanah di sebuah hospital yang terletak di Rusia.

Menurut laporan, berat kucing tersebut yang hampir mencecah 20kg itu susulan sering diberi makan seperti biskut dan sup oleh staf-staf hospital terbabit.

image is not available

Niat pekerja-pekerja hospital tu baik nak bagi kucing ni makan supaya ia tak lapar namun jadi obesiti pulak sebab terlebih makanan.

Sukar nak berjalan, jalani diet ketat

Kerana mempunyai berat yang berlebihan, kucing gebu itu turut mengalami kesukaran untuk berjalan kerana perlu tampung berat yang melampau.

image is not available

image is not available

Tidak cuma itu, bahkan doktor haiwan juga tidak dapat melakukan ultrasound scan kerana lapisan lemak yang di dalam badan kucing itu terlalu tebal.

image is not available

Kini, kucing berkenaan sedang menjalani diet yang ketat oleh sukarelawan di pusat perlindungan yang didiami supaya berat badannya kembali normal.

image is not available 2 weeks ago

"Badan Dia Menggeletar, Nafas Tercungap-Cungap" - Pelanggan Tak Perasan Kucing Terperangkap Dalam 'Dryer' Selama 10 Minit