Niat nak telinga bersih, tapi berakhir dengan nanah dalam otak

Health & Fitness
27 Jan 2026 • 8:00 AM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: Niat nak telinga bersih, tapi berakhir dengan nanah dalam otak
By Public Health M'sia

Ini adalah kisah benar seorang lelaki muda berusia 31 tahun yang hampir maut gara-gara sebatang putik kapas.

Lelaki dari Coventry, England ini dikejarkan ke hospital dalam keadaan sawan dan tidak sedarkan diri. Sebelum itu, dia mengadu sakit kepala yang teruk, muntah-muntah, dan mula lupa nama orang sekeliling.

Bila doktor buat imbasan CT scan pada kepala, mereka terkejut. Doktor jumpa dua bengkak nanah (abscess) pada selaput otaknya.

Puncanya?

Bila doktor periksa telinga kiri pesakit, mereka jumpa serpihan kapas yang dah keras dan tertanam jauh di dalam saluran telinga. Rupa-rupanya, lelaki ini ada tabiat suka mengorek telinga guna cotton bud.

Tanpa sedar, kapas di hujung batang tu tertanggal dan tersangkut di dalam selama bertahun-tahun.

Kapas itu menjadi sarang kuman, menyebabkan jangkitan kuman pemakan tulang (Necrotizing Otitis Externa). Kuman itu memakan tulang tengkorak secara perlahan-lahan dan akhirnya merebak masuk ke dalam otak, menyebabkan sawan.

Ironinya sangat tajam.

Niat asal dia guna cotton bud adalah untuk "membersihkan" telinga.

Tapi alat pembersih itulah yang menjadi punca otak dia bernanah.

Doktor terpaksa buat pembedahan kecemasan untuk buang kapas tu dan dia kena duduk hospital berbulan-bulan makan antibiotik.

Jadi kepada "kaki korek" sekalian.

Telinga kita ada mekanisme cuci sendiri (self-cleaning). Lilin telinga tu akan keluar sendiri bila kita mengunyah.

Berhentilah jolok. Jangan sampai doktor bedah terpaksa jolok otak anda untuk keluarkan nanah.


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.