“Niat saya nak talak 2” – Suami Siti Jamumall Menyesal Buat Tindakan Melulu

Entertainment
19 May 2025 • 5:40 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Suami kepada pempengaruh Siti Jamumall menceritakan mengenai peristiwa sewaktu menceraikan isterinya talak dua ketika sesi live yang tular minggu lepas. Dedahnya, dia sebenarnya memang mahu menceraikan isterinya itu dengan talak dua.

Namun begitu, ada segelintir pihak termasuklah pendakwah dan beberapa orang peguam syarie menjelaskan bahawa ia berkemungkinan sudah jatuh talak tiga. Ini kerana, pendakwah PU Syed sebelum ini ada mengulas bahawa lafaz talak itu disebut sebanyak tiga kali.

Oleh sebab itu, Aiman menyerahkan hal tersebut kepada pihak mahkamah untuk menentukannya.

Selain itu, Aiman turut menepis dakwaan yang mengatakan dia ada mengambil bahan terlarang, tegasnya pergaduhan itu berlaku ketika dia baru pulang kerja. Dalam pada itu, Aiman turut mengakui bahawa dirinya tidak berilmu dalam hal-hal rumah tangga.

@chaatwin32

Aiman² x ape la jage ank baik2 lepas ni..

♬ original sound – –

“Niat aku talak dua, aku pun satu hal juga ilmu tak ada, haa kahwin lagi. Ilmu tak ada, alif ba ta tak tahu, gagal didik isteri.. kahwin lagi. Punah rumah tangga, ambik kau.”

Sebelum ini, hangat diperkatakan mengenai sebuah video yang memaparkan Aiman menceraikan Siti Jamumall talak dua dalam satu sesi live.

Malah, ia merupakan perceraian kali kedua mereka selepas bercerai pada 6 Mei lalu dan rujuk semula kurang dari 24 jam.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.