Nicki Minaj Kena Tahan Disyaki Bawa Dadah, Minta Maaf Tunda Persembahan

28 May 2024 • 2:00 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi dan rapper Nicki Minaj menyampaikan permohonan maaf kepada peminat di Manchester kerana terpaksa menunda persembahan yang dijadual berlangsung di United Kingdom selepas ditahan pihak berkuasa Belanda.

Minaj ditahan kerana disyaki membawa dadah dalam perjalanannya untuk melakukan konsert yang dijadual pada malam dia meminta maaf kepada peminat dari balkoni hotelnya di Manchester.

“Saya sayang anda semua dan meminta maaf kerana masalah terjadi pada malam ini,” kata Minaj di akaun media sosialnya lapor USWeekly.

image is not available

Sebelum itu Minaj menerusi X mengajak peminat untuk menunggu di bawah hotel dan dia akan menyampaikan permohonan maaf kerana tidak dapat menghiburkan mereka selepas ditahan pihak berkuasa.

“Saya akan bertemu anda semua dari balkoni dan jika anda boleh datang bertemu saya, saya akan turun. Saya akan berada di bawah (lobi) selama sejam. Sekurangnya ini yang mampu saya lakukan,” cuitnya di X.

Tak bawa dadah



Minaj kemudian terdengar berkata: “Saya tidak membawa dadah.”


image is not available