Nicky Liow bukan ahli PKR - Fuziah

LocalPolitics
26 Jul 2026 • 4:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Nicky Liow bukan ahli PKR - Fuziah
Fuziah (gambar kiri) menjelaskan, hasil semakan mengesahkan bahawa Nicky Liow tiada dalam rekod keanggotaan PKR.

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan dakwaan tular yang mengaitkan ahli perniagaan dalam buruan, Liow Soon Hee atau lebih dikenali sebagai Nicky Liow sebagai anggota parti itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, semakan segera telah diarahkan terhadap Sistem Keanggotaan Keadilan susulan penyebaran gambar dan hantaran di media sosial yang mengaitkan individu berkenaan dengan parti tersebut.

"Hasil semakan mengesahkan bahawa Liow Soon Hee tiada dalam rekod keanggotaan Keadilan. Semakan juga mendapati beliau tidak pernah mengemukakan permohonan untuk menjadi anggota Keadilan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Terdahulu, tular di media sosial satu hantaran yang memaparkan gambar Nicky Liow memakai baju Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang mengaitkan ahli perniagaan itu sebagai ahli PKR..

Hantaran itu turut disertakan dengan hantaran 'Nicky Low masuk PKR disambut PMX? Ramai orang tanya aku, betul ke? Aku pun tak pasti. Aku tanya korang balik. Aku nampak macam tak sama. Pelanduk dua serupa kot. Kan?' sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved