
Nama Nicolo Bulega dan Franco Morbidelli kini menjadi antara topik hangat dalam paddock bila mana kedua-dua pelumba Itali itu dikaitkan dengan pertukaran haluan menjelang musim 2027, dengan Bulega disebut-sebut bakal menyertai saingan MotoGP manakala Morbidelli pula dikaitkan dengan perpindahan ke Kejuaraan Dunia Superbike (WorldSBK).
Bulega yang sedang menyerlah bersama Ducati dalam WorldSBK dilihat sebagai calon utama untuk menyertai projek MotoGP Ducati. Prestasi konsistennya sejak kebelakangan ini menjadikan namanya semakin kuat dikaitkan dengan salah satu kerusi di MotoGP.
Dalam masa yang sama, Morbidelli pula terus dikaitkan dengan perpindahan ke WorldSBK selepas beberapa musim beraksi dalam kelas premier. Ini kerana prestasi beliau yang tidak begitu baik sejak bersama Ducati.
Teruskan bersama Two Wheels…!!!!
The post Nicolo Bugela bakal swap dengan Morbidelli? appeared first on TW Media.

