Niezam Zaidi Sebak Kongsi Perjalanan Sebelum Bergelar Pelakon - “Ketika Itu Bapa Saya Cuma Ada RM100 Tapi…”

15 Jul 2025 • 2:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Disebalik kejayaan sebagai seorang pelakon yang hebat, bapa adalah hero dan tunjang utama yang membuatkan Niezam Zaidi berjaya capai impian dalam dunia seni.

Wang belanja

Menerusi perkongsian ketika menjadi tetamu di podcast Sembang Seram, Niezam berkongsi momen yang tak dapat dilupakan sebelum bergelar pelakon.

Menurut pelakon Dia Bukan Syurga ini, dia sangat menghargai pengorbanan bapanya yang sanggup memberikan wang belanja yang ada ketika itu.

 

“Pada ketika itu bapa saya cuma ada RM100 tetapi dia bagi saya RM76. Saya tahu dengan duit itu jugalah dia buat untuk makan dan berbelanja.

 

“Bila saya tanya, ‘Papa ada duit ke?’, dia jawab dia ada duit lagi. Dalam hati saya cakap, ‘suatu hari nanti saya tidak akan kecewakan papa’.

 

“Berbekalkan duit itu, saya pergi untuk capai impian saya nak jadi pelakon. Sebab itu bapa saya adalah hero saya,” kongsinya yang dalam keadaan sebak.

Pengorbanan bapa

Rata-rata netizen turut berasa sebak mendengar perkongsian itu dan menganggap pengorbanan bapanya berbaloi memandangkan Niezam kini menjadi seorang pelakon hebat.

 

“Aku nampak kesan cinta sejati seorang ayah pada anak lelaki dari air mata dia… hebat cinta seorang anak pada anak lelakinya. Rugilah bapak kat luar sana yang abaikan anak walau depan mata.

 

“Kadang-kadang kita nampak seseorang tu berjaya tapi kita tak tahu perjalanan hidup seseorang tu sebelum berjaya… tahniah Niezam,” komen netizen.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved