Night Splash @ SplashMania Kembali Lagi! Kali Ini Tema K-Wave

LocalEntertainment
23 Oct 2025 • 3:05 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Bosan juga kalau setiap kali hujung minggu hanya berehat di rumah, sekali sekala perlu juga berjalan-jalan atau melakukan apa-apa aktiviti untuk hilangkan stress di tempat kerja dan sebagainya.

Namun, ada pula individu-individu yang tidak gemar melakukan aktiviti di siang hari dengan alasan cuaca panas dan risau akan ‘sunburn’.

Tapi kalau malam pula, pasti tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan memandangkan kebanyakan tempat-tempat rekreasi atau taman tema hanya beroperasi sehingga pukul 6 petang sahaja.

Night Splash kembali lagi, tema K-Wave pula

Haa tak perlu risau sebab Taman Tema Air SplasMania Gamuda Cove kembali menganjurkan Night Splash khas buat korang yang mencari keseronokan berbeza pada waktu malam.

Bertemakan K-Wave, SplashMania yang terletak di Bandar Gamuda Cove, Dengkil menawarkan pelbagai pertunjukan menarik seperti Dance Performance, Fire Show, DJ Session dan banyak lagi!

Kesemua pertunjukan ini akan diadakan di pentas utama (main stage) berhadapan Omba King Cove dan zon rooftop di Amazonia, kapal ikonik di dalam taman tema itu.

image is not available
Foto: BuzzKini

image is not available
Foto: BuzzKini

Boleh layan water slides waktu malam, tak perlu pakai sunscreen!

Selain layan muzik EDM x K-pop, korang juga boleh berseronok bersama keluarga atau rakan-rakan bermain gelongsong air di Treasure Tower, Monsta Twista, Wild Rush dan banyak lagi.

Bayangkan kesemua aktiviti-aktiviti ini korang boleh lakukan tanpa perlu memikirkan cuaca panas atau memakai sunscreen.

Bab makan pun tak perlu risau, sebab pelbagai gerai-gerai makanan yang ada di sini yang mampu memenuhi nasfu gastronomi korang. Lepas bermain air confirm rasa lapar kan?

Kami dah rasa pengalaman Night Splash! Memang syok

Team BuzzKini pada Jumaat lalu (17 Oktober) turut berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman Night Splash ini.

Apa yang boleh kami katakan adalah ia sememangnya pengalaman yang unik dan menyeronokkan apabila dapat bermain air pada waktu malam hingga rasa tidak puas dengan tempoh yang diberikan.

Cantik juga pemandangan pada waktu malam terutamanya ketika bermain gelongsor dan yang pasti banyak tarikan menarik di situ boleh dimain dengan selesa kerana cuaca yang tidak panas.

Tentang keselamatan pula tak perlu risau sebab akan ada petugas yang sentiasa mengawasi pengunjung.

Night Splash hanya dibuka Jumaat & Sabtu

Untuk info, Night Splash ini hanya dibuka pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja bermula 31 Oktober ini sehingga 29 November 2025.

Harga tiket pula RM65 bagi per pax jika dibeli secara ‘walk-in‘ dan kalau nak lebih jimat dapatkannya secara dalam talian pada harga RM50 seorang.

Nak tahu lebih lanjut tentang SplashMania Night Splash ini? Sila klik di [SINI].