Nik Nazmi mengaku ditahan Jais, pertemuan dengan wanita bincang projek

LocalPolitics
17 Oct 2026 • 11:48 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Nik Nazmi mengaku ditahan Jais, pertemuan dengan wanita bincang projek

PETALING JAYA: Pemimpin Bersama Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam kes individu bukan muhrim berdua-duaan di tempat tertutup, di sini, 15 Okt lalu.

Bekas menteri sumber asli dan kelestarian Alam berkata, pertemuan itu bertujuan membincangkan projek bersama rakan-rakannya.

“Saya tidak mahu memanjangkan isu ini, sekadar menyatakan saya bersama rakan-rakan memulakan perbincangan di studio kami di Brickfields, Kuala Lumpur dan kemudian memutuskan untuk meneruskannya di Petaling Jaya kerana ingin melihat beberapa bahan berkaitan projek yang kami bincangkan,” katanya dalam kenyataan.

Nik Nazmi mengakui hanya dirinya dan seorang wanita berada di lokasi ketika pegawai Jais tiba, namun menegaskan mereka tidak melakukan tindakan sumbang yang menimbulkan syak wasangka.

“Saya mengakui itu adalah suatu kesalahan. Saya akan memberikan kerjasama untuk sebarang proses perundangan,” katanya sambil memohon maaf kepada isteri, keluarga dan semua pihak yang terkesan akibat kesilapan pertimbangannya pada waktu kejadian.

Bekas Ahli Parlimen Setiawangsa itu juga memohon maaf kepada Bersama kerana mengecewakan ahli dan penyokong, selain menyatakan kesediaan menerima apa jua keputusan parti berhubung isu itu.

“Saya berharap semua pihak akan menghormati proses perundangan dan tidak memanjangkan perbicaraan menerusi media,” katanya.

Sebelum ini, Jais mengesahkan dua individu ditahan bagi membantu siasatan kes khalwat membabitkan seorang figura awam di Petaling, kira-kira 6 petang.

Pengarah Jais, Shahzihan Ahmad, berkata siasatan dijalankan berhubung kesalahan disyaki dilakukan mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

“Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved