Nik Nurul Nissha hilang selepas keluar bersama tunang

24 Jul 2025 • 12:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Nik Nurul Nissha

BERA - Seorang wanita dilaporkan hilang selepas dipercayai pergi ke Kelantan bersama tunangnya bagi melawat bapa kandungnya pada 28 Jun lalu.

Mangsa, Nik Nurul Nissha Nik Aswadi, 19, kali terakhir dilihat pada hari kejadian selepas keluar dari rumahnya di sini dan dipercayai menaiki kereta api dari Stesen KTM Triang menuju ke Pasir Puteh, Kelantan.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, laporan mengenai kehilangan mangsa dibuat oleh ibunya yang berusia 46 tahun pada Selasa.

Menurutnya, pengadu memaklumkan bahawa anaknya keluar rumah bersama tunangnya yang difahamkan warga Thailand pada tarikh tersebut dan memberitahu mahu ke rumah bapa kandung di Kelantan.

"Namun selepas beberapa hari, anak kedua pengadu yang tinggal di Kelantan memaklumkan bahawa mangsa tidak pernah sampai ke rumah seperti yang dimaklumkan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambahnya, pengadu telah cuba menghubungi mangsa dan juga tunangnya namun gagal, sebelum mengambil keputusan untuk membuat laporan polis bagi membantu usaha mengesan anaknya yang bekerja membantu ibunya di gerai.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kehilangan ini diminta menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera bagi membantu siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved