
PENYANYI Nikki Palikat, 37, tidak kisah berdepan risiko tersingkir dalam program All Stars Gegar Vaganza atau Gegar Vaganza musim ke-10 (GV10).
Menurut pemilik nama lengkap Nicolette Louisa Palikat itu, peluang bersaing dengan bekas juara Gegar Vaganza dan penyanyi hebat lain dalam program berkenaan tidak datang bergolek.
“Saya tak nafikan jika tersingkir awal, ia boleh mencalarkan sedikit kredibiliti saya sebagai penyanyi. Malu pun ada. Itu normal.
“Tapi saya sanggup ambil risiko itu sebab peluang dapat bertanding dengan barisan artis handalan takkan datang lagi.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Yang penting bagi saya adalah memberikan yang terbaik dan berusaha membetulkan kesilapan.
“Di peringkat ini, semua finalis adalah level juara, masing-masing berbisa. Paling utama adalah pemilihan lagu,” katanya ketika dihubungi Hiburan Ekspres.
Nikki merupakan antara enam penyanyi yang berjaya menduduki ‘hot seat’ All Stars GV bagi memberi saingan kepada 10 juara terdahulu untuk merebut gelaran juara kali ini.
Penyanyi kelahiran Tambunan itu berjaya menduduki kerusi berkenaan selepas dipilih menerusi undian peminat pada minggu pembukaan, Ahad lalu. Turut terpilih untuk kerusi hot seat adalah Zamani, Suki Low, Ezad Lazim, Tomok dan Liza Hanim.
All Stars GV turut membariskan 10 bekas juara dari musim pertama hingga kesembilan, termasuk Ayai Illusi, Siti Nordiana, Azharina Azhar, Datuk Aishah, Noryn Aziz, Naqiu (Boboy), Hady Mirza, Cliff Umar, Aliff Aziz dan Jaclyn Victor.
Ditanya mengenai kritikan terhadap rasional di sebalik Gegar Vaganza, Nikki berkata program itu sudah memasuki sedekad penganjurannya maka tidak hairanlah kalau ia melalui pengubahsuaian dan evolusi tersendiri.
“Bagi saya, ia berbalik kepada diri sendiri. Yang penting penonton tetap suka dan terhibur.
“Saya berharap semua finalis akan buat yang terbaik agar para penonton akan terhibur. Persaingan yang sihat adalah sesuatu yang menyeronokkan,” katanya lagi.
Terdahulu, terdapat segelintir pihak yang mengatakan GV tidak lagi relevan kerana sudah tersasar daripada matlamat asalnya iaitu mengangkat semula penyanyi yang sudah lama hilang dari radar industri muzik.
Tentang cabaran kali ini, pelantun lagu Sudah dan Caramu itu berkata setiap kali berada di atas pentas, cabaran terbesar bagi dirinya adalah mengawal emosi dan mental. NIKKI akan menyampaikan lagu Bersama Akhirnya nyanyian asal Ziana Zain pada konsert minggu kedua All Stars GV, Ahad ini. – Foto IG Nikki Palikat.
“Jika dibandingkan sama ada cabaran kali ini lebih sukar atau ketika bertanding pada edisi GV8, pada pendapat saya ianya lebih kurang sahaja.
“Musuh kita sebenarnya adalah diri sendiri. Kawan kita juga diri sendiri. Untuk mengawal emosi dan suasana mental bukannya perkara yang mudah.
“Tapi itulah cabaran terbesar bagi saya terutamanya kerana orang yang akan naik pentas itu adalah diri sendiri, dan semuanya bergantung pada beberapa minit itu sahaja,” ujar naib juara GV8 itu. Pada persembahan minggu pembukaan, Nikki yang menyampaikan lagu nyanyian asal Faradhiya, Bertakhta Di Hati berjaya mengumpul markah memberangsangkan dengan 71.25 peratus untuk menduduki tempat keempat.
Untuk persembahan minggu kedua Ahad ini, bekas peserta Malaysian Idol musim pertama itu bakal menyanyikan lagu pilihannya, Bersama Akhirnya yang dipopularkan oleh Ziana Zain.
Demi memberikan ‘keadilan’ sewajarnya kepada lagu tersebut, Nikki berkata dia akan cuba mendalami emosi dengan mengingat kembali pengalaman gagal dalam percintaan sebelum ini.
“Pengalaman gagal dalam percintaan adalah beberapa kali, dengan beberapa jejaka. Tak sangka air mata pada waktu itu, hari ini saya gunakan untuk menyampaikan persembahan minggu ini.
“Dalam hati, saya berterima kasih kepada para jejaka yang pernah melukai hati ini,” gurau bekas isteri komposer Audi Mok itu.
Ditanya jika terdapat kejutan pada persembahan minggu ini, kata Nikki: “Untuk minggu ini rasanya tiada kejutan. Cukuplah kejutan yang tak sudah minggu lepas. Minggu seterusnya kita sambung tema kejutan.”
All Stars GV masih mengekalkan formal asal penjurian iaitu berdasarkan pemarkahan 100 peratus barisan juri profesional.
Untuk musim kali ini, kesemua 16 peserta akan diadili oleh juri tetap iaitu Datuk Ramli M.S, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat selama 12 minggu.
Juara GV10 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM200,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Konsert GV10, yang dipancarkan dari Dewan Auditorium MBSA Shah Alam, bersiaran setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104).
[email protected]
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


