Luang Masa Hujung Minggu, 5 Tempat Dating Di Kuching Yang Anda Wajib Singgah

2 Oct 2022 • 1:59 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Luang masa bersama pasangan

Luang Masa Hujung Minggu, 5 Tempat Dating Di Kuching Yang Anda Wajib Singgah. Sesak di waktu pagi dan tenang di waktu malam, begitulah bayangan yang dapat digambarkan suasana bandaraya Kuching seharian.

Bukan itu sahaja, di Kuching juga terdapat banyak tempat makan yang menyajikan hidangan ala kampung, makanan barat, fine dining, senang kata semuanya ada.

Dalam ketenangan bandar Kuching ini, pasti anda masih tercari-cari tempat dating yang sesuai untuk anda bawa pasangan ke tempat yang istimewa kan? Jom kita lihat 5 tempat dating di Kuching yang pasti buat pasangan anda gembira.

image is not available
Luang Masa Hujung Minggu, 5 Tempat Dating Di Kuching Yang Anda Wajib Singgah

Jom kita terjah tempat ni

  1. Madeleine Cafè and Pâtisserie

Alamat: Lot 10, 127-A, Lorong Lapangan Terbang 4, Green Heights, 93250 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Setiap hari, 9 Pagi – 10 Malam.

Kafe yang terletak di Green Heights ini menyediakan pelbagai jenis pastri ala Perancis, kek dan juga kopi yang dibru segar berkualiti tinggi. Memang sesuai lah kalau anda inginkan suasana yang romantis sambil makan kek yang manis cair di mulut bersama kopi hangat.

image is not available
Madeleine Cafè and Pâtisserie. Kredit foto: TripAdvisor

2. Sharing Planet

Alamat: Lot 4126, Jalan Ensing Timur, Taman Stapok, 93250 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 Pagi – 11 Malam

Terletak di Stapok, Sharing Planet menjual pelbagai jenis makanan barat seperti Spageti, lamb chop, desserts dan banyak lagi. Harga dan portion makanan di sini juga puas hati. Reka bentuk restoran yang unik membuatkan tempat ini sesuai untuk pasangan yang ingin bersembang sambil menikmati suasana tenang kota raya Kuching.

image is not available
Sharing Planet. Kredit foto: TripAdvisor

3. Japangi 2D

Alamat: Lorong Metrocity Boulevard 3, Kampung Won, 93050 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Lorong Metrocity Boulevard 3, Kampung Won, 93050 Kuching, Sarawak

Hidangan ala korea, di sini lah tempatnya. Konsep kafe seperti lukisan komik 2D membuatkan tempat ini sesuai untuk anda dan pasangan berswafoto sambil layan minuman yang menyegarkan dan hidangan ala korea.

image is not available
Japangi 2D. Kredit foto: TripAdvisor

4. Earthlings Cofee

Alamat: Sublot 16, Soho East Hq Lot 188, Lorong 5, Jalan Wan Alwi, Taman Supreme, 93300 Kuching, Sarawak

Waktu operasi: Setiap hari, 9 Pagi – 10 Malam

Jika anda dan pasangan adalah penggemar kopi, wajib singgah di Earthlings Cofee kerana mereka menggunakan biji kopi yang berkualiti. Desain dalaman kedai juga menarik ala hipster, hmm memang pasangan anda tak henti OOTD di instagram lepas ni.

image is not available
Earthlings Cofee. Kredit foto: TripAdvisor

5. KANTIN at The Granary

Alamat: 23, Wayang St, 93000 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 Pagi – 10 Malam

Terletak di Wayang Street,Kantin at The Granary adalah tempat di mana anda dan pasangan dapat menikmati makan dan juga seni budaya di satu tempat. Di sini juga menawarkan sajian Sarawak ala moden dan juga lokasi instagram-worthy.

image is not available
KANTIN at The Granary. Kredit foto: TripAdvisor

Jadi, bagaimana dengan semua lokasi yang kami sudah senaraikan? Harap anda bolehlah bawa pasangan di salah satu tempat menarik yang kami kongsikan supaya ‘si dia’ makin sayang.

Banyak lagi tempat menarik di Kuching yang anda boleh pergi, baca di sini: