Nikmati Makanan Authentic Jepun Di Sanga Japanese Restaurant Kuching

1 Sep 2022 • 5:57 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Nimati keenakan makanan Jepun di sini.

Nikmati Makanan Authentic Jepun Di Sanga Japanese Restaurant Kuching. Penggemar makanan Jepun di luar sana, anda perlu cuba makanan authentic Jepun di Sanga Japanese Restaurant Kuching ini.

Menyediakan makanan Jepun yang segar dan dimasak oleh chef berpengalaman, anda pasti akan jatuh cinta dengan menu di sini.

image is not available
Nikmati Makanan Authentic Jepun Di Sanga Japanese Restaurant Kuching. Kredit gambar Sanga Japanese Restaurant

Pelbagai jenis menu menarik disediakan

Pelbagai jenis menu menarik dan unik yang disediakan antaranya adalah sashimi salmon segar, bermacam-macam jenis sushi, smoked duck ramen, oyster mentai, unagi kabayaki, Hokaido bento, Osaka bento dan banyak lagi.

Di Sanga Japanese Restaurant, anda juga boleh menikmati ikan salmon dengan kuantiti yang besar seperti satu perkongsian di Facebook oleh Allen Tan ini yang telah memesan ikan salmon seberat 3.7 kg dan ia dibuat beberapa hidangan seperti sashimi, sushi, grilled salmon, dan juga nasi goreng salmon.

image is not available
Kredit gambar: Allen Tan

Pesan awal di restoran ini

Apa yang anda perlu buat adalah pesan awal di restoran ini dan mereka akan sedaya upaya menuruti kemahuan anda.

Jika anda ingin merasai makanan Jepun yang benar-benar authentic dan tidak akan menghampakan di Kuching, anda perlu singgah ke Sanga Japanese Restaurant.

Lagi di sini port makan menarik di Kuching buat anda: