Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia meningkat 4.2% kepada RM1.97 trilion pada 2025 - DOSM

LocalBusiness & Finance
9 Feb 2026 • 3:58 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia meningkat 4.2% kepada RM1.97 trilion pada 2025 - DOSM image is not available liza09/02/2026 - 15:58

KUALA LUMPUR 9 Feb – Nilai jualan sektor pembuatan berjumlah RM1.97 trilion pada 2025, kenaikan 4.2% daripada RM1.89 trilion dicatatkan pada 2024, manakala jualan pada Disember tahun lepas meningkat 6.4% tahun ke tahun sebanyak RM168.6 bilion.

 

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan nilai jualan sektor pembuatan kebanyakannya didorong oleh produk elektrik dan elektronik yang melonjak 12.6% pada Disember 2025 daripada 10.8% pada November 2025.

 

“Pertumbuhan ini disokong lagi oleh subsektor makanan, minuman dan tembakau serta produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka, masing-masing meningkat 10.4% (November 2025: 7.7%) dan 5.3% (November 2025: 3.4%),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Bagaimanapun, Mohd Uzir berkata jika dibandingkan mengikut bulan, pertumbuhan nilai jualan susut 0.5% berbanding RM169.4 bilion dicatatkan pada November 2025.

 

Beliau berkata pertumbuhan nilai jualan industri berorientasikan eksport, mewakili 70.4% daripada jumlah jualan, meningkat 6.8% pada Disember 2025 daripada 4.6% pada November 2025.

 

Begitu juga dalam industri berorientasikan domestik, ia meningkat sebanyak 5.6% pada Disember 2025, selepas mencatatkan 4.6% pada bulan sebelumnya, kata Mohd Uzir.

 

Mengulas mengenai jumlah pekerja, Mohd Uzir berkata terdapat 2.4 juta pekerja direkodkan dalam sektor ini pada Disember 2025, bertambah sebanyak 1.1% (November 2025: 0.8%).

 

Berasaskan bulan ke bulan, jumlah pekerja dalam sektor ini meningkat 0.1%.

 

Sementara itu, beliau berkata gaji dan upah yang dibayar dalam sektor pembuatan berkembang 2.5% (November 2025: 1.9%), berjumlah RM9.1 bilion pada Disember 2025.

 

Mohd Uzir berkata pada suku keempat 2025, nilai jualan dalam sektor pembuatan melonjak sebanyak 5.8% tahun ke tahun, mencapai RM509.5 bilion (suku ketiga 2025: RM500.1 bilion, 3.5%), jumlah pekerja sepanjang suku tersebut meningkat sebanyak 1.1% (suku ketiga 2025: 1.0%) manakala gaji dan upah yang dibayar meningkat sebanyak 2.3%. -- BERNAMA

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved