Nilai Kekayaan Elon Musk Kini Lebih $900 Bilion Selepas Penyenaraian Awam SpaceX

Business & FinanceStartup
12 Jun 2026 • 10:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nilai Kekayaan Elon Musk Kini Lebih $900 Bilion Selepas Penyenaraian Awam SpaceX

Nilai kekayaan Elon Musk kini ialah $982.6 bilion selepas penyenaraian awam SpaceX. Pemilik syarikat Tesla dan SpaceX kini semakin hampir menjadi trilionwan pertama di dunia. Selepas penyenaraian awam pagi ini, SpaceX menjana dana $75 bilion dengan ia kini menjadi syarikat ke-lapan paling bernilai dengan nilai pasaran $1.75 trilion.

Image from: Nilai Kekayaan Elon Musk Kini Lebih $900 Bilion Selepas Penyenaraian Awam SpaceX

Musk jauh meninggalkan pesaing terhampir beliau Larry Page yang “hanya” mempunyai nilai kekayaan $292.7 bilion, Sergey Brin ($270B), Jeff Bezos ($251.5B) dan Larry Ellison ($230.1B).

Musk sudah memegang status individu terkaya dunia untuk sekian lama dengan ia hanya hilang seketika pada September tahun lalu apabila dipintas Larry Ellison. Nilai kekayaan lima individu terkaya dunia sekarang berkait rapat dengan syarikat teknologi dan kecerdasan buatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved