Nilai Kerugian Hampir RM9 Juta, Kes Scam Di Kelantan Meningkat – “Scammer Makin Licik”

LocalBusiness & Finance
29 Apr 2025 • 12:45 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat mendedahkan statistik suku pertama dari Januari hingga Mac tahun ini menunjukkan kes jenayah penipuan dalam talian atau scam di negeri itu meningkat.

Menurutnya, kejadian berlaku hampir setiap hari dengan nilai kerugian mencecah RM8.79 juta terutamanya membabitkan pesara dan golongan profesional.

Tambahnya, peningkatan direkodkan sebanyak 3.3 peratus atau 89 kes berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

image is not available

Kes penipuan semakin ketara di negeri itu dengan beberapa mangsa terdiri daripada pesara dan golongan profesional sanggup membayar sejumlah wang besar kepada scammer walaupun pada awalnya hanya berhasrat membuat pinjaman kecil.

Data menunjukkan jenayah komersial tertinggi tahun ini melibatkan phone scam (Macau scam) dengan 113 kes, diikuti penipuan e-dagang sebanyak 74 kes.

Mohd Yusoff juga berkata terdapat mangsa yang membuat laporan mengalami kerugian melebihi RM200,000 sedangkan pada mulanya hanya berniat untuk meminjam RM100,000 sahaja.

image is not available

Kes e-dagang itu pula kebanyakannya melibatkan pembelian kenderaan dan permohonan pinjaman wang dalam talian, khususnya dalam kalangan pesara dan golongan profesional.

Mereka mudah terpedaya dengan permintaan pemanggil scammer walaupun berpendidikan tinggi. Antara modus operandi yang digunakan ialah tawaran pinjaman palsu, pembelian barangan, seperti kenderaan serta pelaburan emas secara dalam talian.

Ujarnya lagi, scammer kini semakin licik menggunakan pelbagai teknik berbeza untuk memperdaya mangsa dan mangsa pula mudah terpedaya dengan tawaran yang nampak mudah dan menguntungkan.

image is not available 2 months ago

Wang Simpanan RM80000 Suami Isteri ‘Hangus’ Ditipu Pakej Haji - “Wang Tak Dapat Balik, Agensi Dah Gulung Tikar”