
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kita semua pasti tahu emas merupakan salah satu barangan perhiasan untuk melengkapkan lagi penampilan seseorang wanita.
Bagaimanapun, masih ada yang tidak sedar jika emas juga boleh dijadikan sebagai aset pelaburan untuk jangka masa panjang.
Hal ini kerana, saban tahun, harga emas bagi setiap gram semakin meningkat tidak seperti aset-aset yang lain.
Nilai gelang emas dibeli wanita ini 7 tahun lalu meningkat lebih 100%
Seperti kisah seorang wanita ini, siapa sangka gelang emas yang dibelinya itu pada tujuh tahun yang lalu kini nilainya melonjak hampir 150%.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @hq_mzgoldkb, wanita itu dikatakan membeli gelang emas seberat 35.25gram pada tahun 2018 lalu.
Difahamkan, pada ketika itu nilai bagi segram emas 916 adalah RM158 menjadi harga bagi seutas gelang terbabit RM5,569.

Gelang emas dibeli 7 tahun dahulu kini berharga RM13,888
Bagaimanapun, wanita terbabit akhirnya memutuskan untuk menjual semula gelang emas tersebut dipercayai bagi menampung kos renovasi rumahnya.
“Selepas tujuh tahun, herga emas dah naik ke RM394 segram, bila dia jual semula (gelang emas), dia dapat RM13,888.
“Bayangkan dalam masa tujuh tahun nilai gelang dia naik hampir 150%. Tak perlu buat apa-apa pun, Cuma simpan emas elok-elok. Inilah kuasa pelaburan emas, senyap-senyap tapi hasilnya besar,” tulis di kapsyen.
Untuk carousel klik di [SINI]
Kelebihan jadikan emas sebagai simpanan
Perkongsian terbabit membuktikan bahawa emas sememangnya boleh dijadikan sebagai simpanan untuk jangka masa panjang.
Memetik artikel Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (UPM), terdapat lima kelebihan menjadikan emas sebagai simpanan
Berikut adalah kelebihan-kelebihannya:
- Kestabilan nilai emas
- Selamat dan mudah disimpan
- Pelaburan jangka panjang
- Mudah dijual
- Kalis infllasi
Apa-apa pun korang jangan risau kami bukan ejen jual emas 😂, hanya berkongsi kisah dan memberi kesedaran mengenai kepentingan menyimpan emas untuk jangka masa panjang. 😊

![Lelaki Dedah Bahaya ‘Overcharged’ Powerbank, Letupan & Percikan Api Hampir Makan Nyawa [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
