“Ini Yang Cikgu Suka” – Murid Beri Ikan Temenung Sebagai Hadiah Hari Guru Buat Ramai Terliur [Video]

19 May 2025 • 6:04 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

“Guru Pemacu Reformasi Pendidikan”, itulah tema bagi Hari Guru 2025 yang baru sahaja disambut pada Jumaat (16 Mei) lalu.

Demi menghargai jasa para cikgu, rata-rata anak murid telah menghadiahkan pemberian tidak ternilai kepada pendidik yang mengajar mereka tanpa lelah.

Cikgu-cikgu pasti sibuk ‘unboxing’ hadiah yang diterima sepanjang hujung minggu ini. Melihat perkongsian di media sosial, para guru sememangnya menghargai setiap pemberian anak murid tanpa mengira harganya.

Malah, sesetengah cikgu turut menerima hadiah unik yang tidak disangka-sangka, sekaligus menarik perhatian orang ramai.

Murid Bagi Ikan Temenung Pada 10 Orang Cikgunya

Seperti yang dikongsikan di TikTok (@hajarfaisol) baru-baru ini, seorang guru berkata dia telah menerima hadiah yang disifatkan sebagai ‘paling luar biasa’ sepanjang dia bertugas sebagai pendidik.

Rupa-rupanya, hadiah yang diberikan kepadanya dan sembilan guru lain itu ialah sebungkus ikan temenung setiap seorang.

Pemberian oleh murid itu elok diletakkan di dalam kotak gabus diisi penuh dengan ais bagi mengekalkan kesegaran ikan yang diberi. Dia turut meletak pesanan agar cikgunya mengambil sebungkus ikan setiap seorang.

Dapat dilihat salah satu bungkusan ikan itu dianggarkan seberat satu kilogram ke atas dengan saiz yang agak besar.

@hajarfaisol Ikan buat guru🥹 MasyaAllah🥹 kita simpan sebagai kenangan sebagai seorang guru 🥹 #hariguru2025 #gurupemacureformasipendidikan ♬ 꿈과 책과 힘과 벽 – JANNABI

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Tertarik Lihat Anak Murid Beri Ikan Sebagai Hadiah Guru

Melihat pemberian ikhlas dari anak murid itu telah menimbulkan rasa terharu dalam kalangan orang ramai yang turut terliur membayangkan resepi ikan temenung.

Seorang individu berpendapat bahawa cikgu lebih menggemari makanan dan apa yang lebih penting lagi adalah kenangan yang dikongsi bersama murid-murid.

Malah, seorang bekas guru pula berkata terdapat pendidik yang sesak di tengah bulan dan pemberian sedemikian sememangnya membantu.

Dalam masa sama, beberapa guru turut berkongsi pemberian bahan makanan yang pernah diterima oleh mereka termasuk pokok cili, gula dan serbuk teh.

Di samping itu, para ibu juga mendapat ilham untuk memberi hadiah sedemikian pada sambutan Hari Guru yang akan datang.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available
Sumber: @hajarfaisol/ TikTok

Ramai Beri Hadiah Bahan Mentah Sempena Hari Guru

Berdasarkan pemerhatian kami di media sosial, pemberian di atas bukanlah satu-satunya hadiah Hari Guru dalam bentuk bahan mentah untuk dimasak.

Terdapat beberapa pelajar lain yang turut memberi ikan segar kepada guru mereka, malah ada juga yang menghadiahkan bawang merah!

Lebih kreatif apabila terdapat ibu yang menyediakan set bahan bagi hidangan tomyam untuk diberi kepada para pendidik. Senang je boleh terus masak!

Malah pada tahun lalu, seorang pelajar turut memberi hadiah guru dalam bentuk ‘bouquest’ sayur-sayuran.

Apa yang seronoknya, semua cikgu menerima hadiah tersebut dengan tangan terbuka dan kelihatan amat gembira sehingga tergelak ketawa.

Tular Sekolah Swasta Mohon Pelajar Bawa Hadiah Hari Guru

Pemberian hadiah ketika sambutan Hari Guru bukanlah sesuatu yang diwajibkan dan para pendidik sepatutnya tidak mempersoalkan barangan yang diterima daripada murid-murid.

Namun sebelum ini, tular satu tangkap layar mesej Whatsapp didakwa dari sebuah sekolah swasta di Johor yang meminta murid agar menyediakan hadiah sempena Hari Guru minggu lepas.

Apa yang lebih mengejutkan lagi adalah mesej terbabit turut menyenaraikan barang-barang yang tidak sepatutnya diberi kepada guru.

“Kami mohon jasa baik tuan puan untuk tidak memberi pen, mug, frame (bingkai gambar), atau bunga-bunga kecil kepada guru-guru. Hadiah yang berkat adalah hadiah yang memberi manfaat,” kata seorang cikgu.

Perkara yang dibangkitkan oleh seorang ibu itu sudah tentunya telah membangkitkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang ramai terhadap sikap pendidik yang sedemikian rupa.