Nilai Pasaran Pasukan Bola Sepak ASEAN

LocalFootball
23 Mar 2025 • 11:19 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Nilai Pasaran Pasukan Bola Sepak ASEAN

Pasukan bola sepak adalah antara aset berharga bagi sesebuah negara.

Bukan sahaja menjadi kebanggaan ramai, malah mereka turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

Di rantau Asia Tenggara (ASEAN), bola sepak lebih daripada sekadar sukan kegemaran ramai.

Ia kini berkembang sebagai sebuah industri bernilai tinggi, dengan nilai pasaran pasukan ASEAN terus meningkat dari tahun ke tahun.

Top 3 pasukan ASEAN dengan nilai pasaran tertinggi

Baru-baru ini, laman X @theaseanball telah berkongsi nilai pasaran terkini bagi 11 pasukan bola sepak ASEAN berdasarkan data daripada laman Transfermarkt.

Dalam senarai tersebut, skuad Harimau Malaya yang mewakili Malaysia berada di kedudukan ketiga dengan nilai pasaran sebanyak €7.15 juta (sekitar RM34 juta).

Namun, apa yang benar-benar mencuri perhatian ialah nilai pasaran skuad Garuda dari Indonesia.

Pasukan ini menduduki tempat pertama sebagai pasukan paling bernilai di ASEAN dengan jumlah €36.53 juta (sekitar RM176 juta), hampir menyamai gabungan nilai 10 pasukan lain.

Sementara itu, di tempat kedua pula ialah pasukan Thailand, yang mencatatkan nilai pasaran sebanyak €8.73 juta (sekitar RM42 juta).

https://x.com/theaseanball/status/1901846020838801481?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1901846020838801481%7Ctwgr%5Ef2cb4db35017bf32630d69646eea9c15413f73d8%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fthevocket.com%2Fnilai-pasaran-pasukan-asia-tenggara-malaysia-top-3%2F