Nilai seunit eksport Malaysia meningkat pada Jun

Business & Finance
28 Jul 2026 • 2:31 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Nilai seunit eksport Malaysia meningkat pada Jun

PETALING JAYA: Indeks nilai seunit eksport Malaysia pada Jun 2026 meningkat 0.3 peratus kepada 162.6 mata daripada 162.1 mata pada bulan sebelumnya, disumbangkan terutamanya oleh kenaikan indeks minyak dan lemak binatang dan sayur-sayuran.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata, peningkatan itu disumbangkan oleh kenaikan indeks minyak dan lemak binatang serta sayur-sayuran sebanyak 2.6 peratus, diikuti pelbagai barang keluaran kilang (1.1 peratus) dan barang-barang keluaran kilang (0.7 peratus).

Menurutnya, indeks volum eksport menurun 3.5 peratus berbanding Mei berikutan penyusutan dalam indeks pelbagai barang keluaran kilang sebanyak 6.5 peratus, bahan kimia (5.6 peratus) serta alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (5.6 peratus).

“Indeks volum eksport pelarasan bermusim turut susut 3.0 peratus kepada 206.8 mata daripada 213.2 mata.

“Dari segi perbandingan tahunan, indeks nilai seunit eksport meningkat 7.6 peratus, manakala indeks volum eksport melonjak 35.2 peratus berbanding Jun tahun lalu,” katanya dalam kenyataan.

Bagi import, DOSM berkata, indeks nilai seunit menurun 1.3 peratus kepada 130.8 mata daripada 132.6 mata pada Mei, didorong penurunan indeks minyak galian sebanyak 7.0 peratus, minyak dan lemak binatang serta sayur-sayuran (1.0 peratus) serta bahan kimia (0.2 peratus).

“Sebaliknya, indeks volum import meningkat 14.7 peratus pada Jun berbanding bulan sebelumnya, disumbangkan oleh kenaikan indeks minyak galian sebanyak 35.0 peratus, alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (14.7 peratus) serta barang-barang keluaran kilang (10.5 peratus),” ujarnya.

Dalam pada itu, DOSM berkata, terma perdagangan Malaysia meningkat 1.6 peratus bulan ke bulan daripada 122.3 mata kepada 124.3 mata pada Jun 2026, sebagaimana dipaparkan oleh laporan Indeks Perdagangan Luar Negeri (2010=100), Jun 2026 pada hari ini. – UTUSAN

The post Nilai seunit eksport Malaysia meningkat pada Jun appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved