“Nilai Tindakan, Bukan Pasportnya” – Usahawan AS Pertahan Komuniti Network School Di Forest City

LocalStartup
15 Jul 2026 • 4:51 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Seorang usahawan dari Amerika Syarikat, Nourah Smith, 28, mempertahankan komuniti Network School yang kini bertapak di Forest City, Iskandar Puteri, Johor.

Menurutnya dipetik NST, dia bukan sahaja menemui tempat tinggal tetapi juga komuniti global yang menghimpunkan orang ternama termasuk golongan teknopreneur yang berkongsi minat terhadap teknologi baharu, tadbir urus digital dan AI (Kecerdasan Buatan) selain idea membangunkan perniagaan bersama.

Smith yang juga peserta merupakan salah seorang daripada lebih 260 warga asing yang menetap dalam komuniti yang dibangunkan khas di Forest City.

Jelasnya, persekitaran kolaboratif di Network School telah membantunya untuk mengembangkan kerjaya selain berkata komuniti berkenaan telah membantu menghidupkan semula Forest City yang disifatkan sebagai ‘ghost city’ sebelum ini.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wartawan BBC Tinjau Keadaan ‘Bandar Berhantu’ Di Forest City, Johor

Baca Artikel Berkaitan: Projek Forest City Johor Bukan Projek Gagal – TMJ

Usahawan Dakwa Network School Beroperasi Secara Sah

Meskipun komuniti Network School menjadi topik hangat dalam kalangan rakyat Malaysia sekarang, Smith menegaskan bahawa sekolah itu beroperasi secara sah dan kewarganegaraan segelintir individu tidak sepatutnya menjadi isu.

Smith berkata demikian bagi mengulas isu beberapa ahlinya yang didakwa merupakan warga Israel dan memasuki Malaysia menggunakan pasport kedua.

Image from: “Nilai Tindakan, Bukan Pasportnya” – Usahawan AS Pertahan Komuniti Network School Di Forest City
Foto: Media sosial

Komuniti Network School Tak Langgar Undang-undang Malaysia, Hormat Adat Penduduk Tempatan – Usahawan AS

Tambah usahawan berkenaan, peserta seharusnya dinilai sama ada mereka ini mematuhi undang-undang Malaysia dan bukan atas faktor pasportnya.

Jelasnya setakat Network School ditubuhkan, semua ahli menghormati undang-undang, adat dan budaya penduduk tempatan.

“Nilailah seseorang (berdasarkan kelakuan), bukan pasportnya,” katanya.

Network School Bangunkan Ekonomi Forest City, Realisasikan Aspirasi Johor Sebagai Hab Teknologi Serantau – Smith

Sementara itu, Smith juga percaya bahawa Network School telah menyumbang kepada ekonomi Johor melalui pertambahan penduduk dan aktiviti perniagaan yang semakin meningkat di sana.

“Beberapa perniagaan di Forest City turut menerima manfaat daripada pertambahan penduduk di sini (Network School). Pelanggan restoran, kafe, kedai serbaneka, dan pengusaha pengangkutan dilihat meningkat sejak Network School mula beroperasi.

“Manakala unit penginapan yang sebelum ini kosong kini telah dihuni. Kami (komuniti) telah menyuntik aktiviti ekonomi baharu dalam Forest City serta menyumbang kepada hasrat Johor untuk menjadi hab teknologi dan inovasi serantau,” katanya.

Image from: “Nilai Tindakan, Bukan Pasportnya” – Usahawan AS Pertahan Komuniti Network School Di Forest City
Foto: Media sosial

Baca Artikel Berkaitan: YouTuber Dakwa Ada Komuniti Teknopreneur Beli Bangunan Di Forest City, Konon Nak Tubuh ‘Negara’ Sendiri? [Video]

Forest City Akan Ambil Tindakan Jika Dapati Network School Langgar Undang-undang Malaysia

Sebelum ini, Kerajaan Johor menggesa pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh terhadap operasi Network School yang sedang berjalan di Iskandar Puteri termasuklah dakwaan terdapatnya warga Israel yang menyertai program berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Bimbang Operasi Network School Di Forest City, Kerajaan Johor Gesa Siasatan Menyeluruh

Dalam perkembangan terbaharu, Forest City menerusi satu kenyataan berkata pihaknya akan mengambil tindakan sekiranya mendapati Network School melanggar undang-undang termasuk hal melibatkan imigresen, pelesenan, penggunaan tanah atau syarat kontrak.

Menurut Pemaju, Country Garden Pacificview Sdn Bhd, pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sepanjang siasatan dijalankan.

Country Garden Pacificview Sdn Bhd dalam masa sama turut menyokong pendirian Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengatakan negeri itu tidak boleh dijadikan pangkalan kepada ideologi, gerakan atau aktiviti yang bercanggah dengan undang-undang Malaysia atau menjejaskan kedaulatan Johor dan negara.

Warga Israel Yang Menyertai Network School Akan Diusir – Anwar Ibrahim

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menegaskan bahawa kerajaan akan mengusir mana-mana rakyat Israel yang dikesan memasuki Malaysia untuk menyertai Network School.

“Kita tidak izinkan (kehadiran warganegara Israel ke Malaysia), kalau ada, tindakan mesti diambil. Kalau ada rakyat Israel yang kita tidak iktiraf, kita akan usir segera,” tegas beliau, lapor Kosmo.

Malah Anwar memberi jaminan perkara itu kini dalam siasatan dan kerajaan sama sekali tidak akan berkompromi jika terdapat rakyat Israel yang menyertai program itu tanpa kebenaran yang sah.

Memetik Buletin, Anwar berkata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir akan memberikan penjelasan lanjut mengenai perkara itu.

Image from: “Nilai Tindakan, Bukan Pasportnya” – Usahawan AS Pertahan Komuniti Network School Di Forest City
Foto: Malay Mail

Imigresen Periksa 266 Warga Asing Dari 40 Negara Di Network School 

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) turut mengesahkan pihaknya telah menjalankan operasi pemeriksaan terhadap sebuah komuniti antarabangsa di Forest City, Johor semalam (14 Julai).

Operasi itu melibatkan pemeriksaan terhadap 266 warga asing dari 40 negara dengan kerjasama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Semakan awal mendapati kesemua individu yang diperiksa memiliki dokumen imigresen yang sah berdasarkan rekod semasa.

Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan bagi memastikan semua pihak mematuhi syarat kemasukan ke negara serta peruntukan Akta Imigresen 1959/63 dan undang-undang berkaitan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved