Ramai Bimbang Operasi Network School Di Forest City, Kerajaan Johor Gesa Siasatan Menyeluruh

LocalPolitics
14 Jul 2026 • 11:41 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ramai Bimbang Operasi Network School Di Forest City, Kerajaan Johor Gesa Siasatan Menyeluruh

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kerajaan Johor menggesa pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh terhadap operasi Network School yang sedang berjalan di Iskandar Puteri, Johor.

Ini selepas timbul kebimbangan berhubung operasi komuniti itu di bandar berkenaan selain dakwaan yang mengatakan terdapat warga Israel yang menyertai program berkenaan menggunakan pasport negara kedua.

Kerajaan Tak Benarkan Johor Jadi Tapak Ideologi Bercanggah Undang-undang

Menurut Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, kerajaan memandang serius mengenai kebimbangan rakyat berhubung perkara itu.

“Kerajaan Negeri sentiasa tegas untuk tidak membenarkan mana-mana pihak menjadikan Johor sebagai tapak untuk membawa ideologi atau gerakan yang bercanggah dengan undang-undang, kedaulatan serta kepentingan Johor dan Malaysia,” kata Onn Jaafar.

Siasatan Meliputi Kewarganegaraan, Pasport Kedua & Banyak Lagi

Dalam masa sama, kerajaan telah meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta agensi keselamatan berkaitan menjalankan semakan dan siasatan.

“Semakan dan siasatan itu meliputi identiti serta kewarganegaraan individu yang terlibat, dokumen perjalanan dan penggunaan pasport kedua, jenis pas serta tujuan kemasukan ke Malaysia, selain keselarasan antara tujuan kemasukan dengan aktiviti sebenar yang dijalankan.

“Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Digital serta agensi kawal selia berkaitan turut diminta menentukan status sebenar operasi Network School, termasuk sama ada program yang dijalankan memerlukan pendaftaran atau kelulusan di bawah undang-undang negara,” katanya.

Kerajaan Akan Semak Semula Syarat Lesen Premis & Sebagainya

Tambah beliau lagi, di peringkat negeri, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor serta agensi berkaitan akan menyemak semula semua aspek pematuhan yang berada di bawah bidang kuasa masing-masing termasuklah:

  • Syarat lesen premis
  • Penggunaan bangunan
  • Syarat nyata dan syarat khas tanah
  • Penginapan
  • Aktiviti perniagaan serta keperluan perundangan lain yang berkuat kuasa

“Sekiranya siasatan mendapati wujud pelanggaran undang-undang, penyalahgunaan pas, pelanggaran syarat lesen atau syarat tanah, atau sebarang unsur yang boleh menjejaskan kepentingan negeri serta keselamatan negara, Kerajaan Negeri menggesa tindakan tegas perlu diambil oleh pihak berkuasa tanpa sebarang kompromi.

“Kerajaan Johor akan terus bertindak secara bertanggungjawab serta berlandaskan undang-undang demi melindungi kepentingan negeri dan mempertahankan kedaulatan negara,” tambahnya dalam satu kenyataan hari ini (14 Julai).

Memetik NST, pihak Forest City akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini dalam masa terdekat.

Baca Artikel Berkaitan: YouTuber Dakwa Ada Komuniti Teknopreneur Beli Bangunan Di Forest City, Konon Nak Tubuh ‘Negara’ Sendiri? [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved