Ning Baizura Teruk Diserang Netizen Di Instagram

14 May 2024 • 11:00 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
ning baizura

Gara-gara bertanya siapa ‘Rafah’ ketika lakukan siaran langsung, Instagram Ning Baizura teruk diserang netizen ketika ini.

Semuanya bermula selepas salah seorang penonton dalam siaran langsung menaikkan komen ‘All Eyes on Rafah’. Bagaimanapun, Ning Baizura secara spontan bertanya siapakah itu, seolah-olah tidak mengetahui langsung maksud disebalik ayat itu.

Meninjau laman Instagram Ning, rata-rata netizen berasa pelik kerana Ning tidak mengetahui ayat yang setiap masa digunakan kita semua untuk menunjukkan solidariti kepada Palestin.

Takkan la tak ambil tahu langsung kejadian di Rafah? Sedihnya… – Soal netizen.

image is not available

Ning Baizura bagaimanapun masih belum mengeluarkan sebarang penjelasan mengenai isu ini.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.