“Rafah? Siapa tu?” – Ning Baizura Terpinga Bila Ada Netizen Laung Sokongan Terhadap Palestin

Entertainment
14 May 2024 • 5:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penyanyi Ning Baizura kini sedang menjadi perhatian ramai apabila rakaman video live daripada Instagram miliknya kini sedang tular di platform X.

Video tersebut telah mengundang kecaman hebat daripada warganet kerana tindakannya yang terpinga-pinga apabila membaca slogan ‘All eyes on Rafah’ yang ditulis oleh pengikutnya.

“All eyes on Rafah? Who’s that?

Dalam video tersebut dilihat Ning Baizura seperti melakukan sesi karaoke dan secara tiba-tiba ada netizen menulis slogan tersebut di ruangan komen. Ning Baizura dilihat seperti terpinga-pinga siapakah yang dimaksudkan dengan ‘Rafah’ sebelum tersedar dan meminta maaf.

Ia telah mengundang kemarahan netizen sehingga ada yang label penyanyi lagu Awan Yang Terpilu ini sebagai ignorant.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang mempertikaikan kepekaannya terhadap isu Palestin ini kerana slogan dan berita mengenai ini terlalu banyak di media sosial.

image is not available image is not available image is not available

Apapun, kita sama-sama doakan saudara kita di sana, jangan henti dan semoga zionist ini bakal dikenakan musibah yang tak terbayang oleh manusia.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.