Nintendo Akan Melancarkan Konsol Baharu Pada Tahun 2024

TechnologyGamingDigital
1 Aug 2023 • 9:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Juara perang konsol generasi lalu ialah Nintendo Switch yang terjual hampir 126 juta unit berbanding PlayStation 4 (117.2 juta) dan Xbox One (58 juta). Sony PlayStation 5 dan Microsoft Xbox Series S/X telah dilancarkan sejak 2020 dan Nintendo dilaporkan konsol generasi baharu mereka akan dilancarkan pada H2 2024 menurut laporan VGC.

image is not available

Kit pembangunan untuk permainan pada konsol baharu ini telahpun diberikan kepada studio-studio utama. Maklumat yang diketahui setakat ini ialah ia akan menggunakan skrin LCD dan bukannya OLED bagi mengurangkan kos. Ia masih akan mempunyai mod mudah alih seperti Switch serta hadir dengan dermaga untuk dimainkan pada televisyen. Nintendo juga akan meningkatkan storan dalaman konsol dan mengekalkan penggunaan katrij untuk permainan yang dijual secara fizikal.

Yang masih belum diketahui ialah sama ada Nintendo akan memberikan sokongan permainan Switch pada konsol baharu ini. Walaupun lewat empat tahun berbanding pesaing, Nintendo mempunyai kelebihan kerana ia satu-satunya syarikat pengeluar konsol mudah alih di pasaran. Kerana Switch, konsol mudah alih seperti Steam Deck dan ASUS ROG Ally kini dipasarkan untuk peminat permainan PC.