Nintendo Dianugerahkan Paten Untuk Menggunakan Alat Kawalan Joy-Con Sebagai Tetikus

TechnologyDigital
10 Feb 2025 • 4:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nintendo telah mengesahkan kewujudan konsol Nintendo Switch 2, dan butiran lanjut mengenai konsol tersebut akan diperlihatkan pada 2 April 2025 ini. Konsol terbaru ini dilihat akan hadir dengan rekaan baru dan sejumlah ciri-ciri yang membuatkan konsol ini lebih menarik.

image is not available

Salah satu daripada ciri yang diperlihatkan pada Nintendo Switch ialah kebolehan untuk menggunakan alat kawalan Joy-Con sebagai sebuah tetikus. Baru-baru ini, ia dilaporkan bahawa Nintendo telah dianugerahkan paten untuk teknologi tersebut.

Menurut imej paten yang diperlihatkan, butang-butang bahu R1/R2 dan dan L1/L2 akan dimanfaatkan sebagai butang klik, manakala kayu analog juga boleh digunakan untuk mengawal pergerakan tetikus pada skrin.

image is not available

Apa yang menarik ialah tidak seperti alat kawalan pada Lenovo Legion Go, dimana hanya alat kawalan kanan boleh digunakan sebagai tetikus, dengan Nintendo Switch, nampaknya kedua-dua alat kawalan boleh digunakan sebagai tetikus tanpa masalah.

image is not available

Ia tidak tahu lagi bagaimanakah ciri ini akan digunakan bersama-sama dengan konsol Nintendo Switch 2, akan tetapi syarikat tersebut pastinya akan memperlihatkan lebih banyak butiran mengenainya swwaktu acara pengumumannya pada awal bulan April hadapan.