Nintendo Perlihatkan Konsol Generasi Baharu, Nintendo Switch 2

TechnologyGamingDigital
16 Jan 2025 • 9:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nintendo hari ini secara rasminya menerbitkan sebuah video ringkas yang memperlihatkan konsol generasi baharu akan datang, Nintendo Switch 2.

Konsol baharu ini dilihat membawakan rekaan yang lebih besar berbanding sebelum ini, termasuk dari segi alat kawalan. Pada bahagian belakang konsol Switch 2 juga, ia menawarkan rekaan “kaki” yang boleh dilaraskan seperti Surface, memudahkan pengguna untuk mendirikan dan memainkan permainan dengan lebih selesa.

image is not available

image is not available

Nintendo Switch 2 turut menyertakan port USB-C baharu, selain turut memperlihatkan alat kawalan Joy-Con turut mempunyai port pada bahagian tepi, dan boleh dihubungkan secara magnetik. Sebuah aksesori turut diperlihatkan yang membolehkan Joy-Con diletakkan padanya, mungkin untuk pengecasan atau untuk kawalan permainan dalam kaedah lain seperti tetikus.

image is not available

image is not available

Nintendo Switch 2 akan menyokong permainan secara fizikal dan juga digital. Beberapa permainan asal Nintendo Switch mungkin tidak disokong sepenuhnya pada Nintendo Switch 2 ini.

image is not available

Nintendo mengatakan akan berkongsi lanjut berkenaan dengan konsol ini pada acara Nintendo Direct yang dijadualkan pada 2 April 2025 kelak. Tiada tarikh pelancaran dikongsikan, tetapi Nintendo mengacah 2025, memperlihatkan ia mungkin dilancarkan secara rasmi pada tahun ini.