Pengeluar Aksesori Mendedahkan Rekaan Akhir Nintendo Switch 2

TechnologyDigital
13 Jan 2025 • 3:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Di acara CES 2025, pengeluar aksesori nampaknya tidak boleh menyimpan rahsia besar Nintendo. Pengeluar besar seperti Skull & Co, Genki, Dbrand dan ramai lagi mendedahkan rekaan akhir yang didakwa adalah untuk Nintendo Switch 2. Dami konsol ini dilihat disarungkan dengan kerangka pelindung masing-masing.

Berdasarkan semua maklumat yang tertiris dan dami yang telah diperlihatkan, OnLeaks dan 91Mobiles bekerjasama untuk render rekaan penuh konsol permainan mudah alih popular ini.

Switch 2 dilihat hadir dengan skrin lebih besar iaitu bersaiz 8.4-inci tetapi jenis panel masih tidak pasti sama ada LCD atau OLED. Ukuran peranti juga lebih besar dan tebal iaitu sekitar 271mm x 116.4mm x 31.4mm berbanding Switch pertama yang hanya 239mm x 102mm x 14mm.

image is not available

Di atas belah kanan terus ke kiri terdapat butang kuasa, butang laras suara, bicu audio 3.5mm, ada beberapa lubang misteri, slot USB-C, satu lagi lubang dan kemudian mungkin slot katrij permainan yang turut menyokong katrij Switch lama. Butang bahu baharu turut kelihatan dengan butang tambahan di belakangnya.

image is not available

Joy-Con baharu turut kelihatan dengan rekan lebih ringkas, dan dilihat mungkin menggunakan sambungan magnetik yang masih diselitkan. Tema warna juga berubah dengan warna utama adalah hitam kusam dan warna ceria Switch adalah tona warna kedua. Panel belakang turut mempunyai kaki yang lebih besar mungkin untuk ia lebih stabil dan kukuh.

image is not available

Secara keseluruhan, rekaan Switch 2 masih nampak lebih kurang sama dengan Switch asal cuma ia lebih besar dan sedikit lebih kemas. Spesifikasi Switch 2 masih menjadi misteri, tetapi ada ura-ura ia akan menawarkan grafik lebih baik, storan lebih besar, prestasi lebih memuaskan dan pengalaman penggunaan lebih mengasyikkan. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut Switch 2 nanti.