
Nisbah Cukai Kepada KDNK Malaysia Antara Paling Rendah Di Dunia
Malaysia mencatatkan nisbah cukai kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara yang paling rendah di dunia, iaitu sekitar 12 peratus.
Menurut Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Mashrul Abaidah, situasi ini menunjukkan bahawa peluasan dasar cukai amat diperlukan bagi menjamin kelangsungan fiskal negara.
Ia kemudiannya akan disalurkan semula kepada pelbagai program yang memberi manfaat kepada rakyat.
“RM13 bilion untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang memanfaatkan 9 juta penerima. RM400 juta untuk baik pulih klinik-klinik usang.
“Lebih RM600 juta untuk membaiki lebih 8,000 tandas sekolah, memberi manfaat kepada lebih 5 juta pelajar. Serta pelbagai lagi inisiatif baik untuk rakyat yang sedang dan bakal dilaksanakan kerajaan,” katanya dalam Taklimat Harian Perdana Menteri pada Khamis.
Tambah beliau, dasar Kerajaan Madani memberi penekanan kepada usaha meningkatkan taraf hidup rakyat melalui pendekatan yang bertanggungjawab dan menyeluruh.
Sumber: Astro Awani
The post Nisbah Cukai Kepada KDNK Malaysia Antara Paling Rendah Di Dunia appeared first on Siakap Keli.





