Nissan buka bilik pameran konsep baharu di Puchong

Cars
10 Jul 2023 • 4:58 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Nissan buka bilik pameran konsep baharu di Puchong

zulfadli

10/07/2023 - 16:58

KUALA LUMPUR 10 Julai - Pengedar Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) mengumumkan pembukaan bilik pameran Nissan baharu yang dinaik taraf di Puchong, Selangor.

ETCM berkata, pembukaan besar-besaran bilik pameran Konsep Runcit Nissan (NRC) baharu itu sejajar dengan hala tuju perniagaan pihaknya dalam menyampaikan rancangan global dipertingkatkan untuk menginovasi bilik pameran di samping memberikan pengalaman jenama Nissan global kepada para pelanggan.

"Bahagian luar bilik pameran ini diserlahkan dengan papan tanda Nissan berwarna merah yang ikonik, manakala para pelanggan yang ke bilik pameran dapat merasai tahap keselesaan persekitaran premium baharu dengan susun atur dalaman dan reka bentuk perabot yang moden.

"Pelanggan juga akan dapat melihat semua model Nissan termasuk ‘Star Car’ terkini yang dipamerkan. Pada masa ini, ‘Star Car’ terkini ialah Serena Hybrid J-IMPUL Baharu yang dilancarkan baru-baru ini," katanya dalam kenyataan media di sini.

Menurut ETCM, bilik pameran yang baharu dinaik taraf itu mempunyai kawasan binaan seluas 7,502 kaki persegi.

Katanya, ia mampu mempamerkan sehingga 6 model Nissan dan menyediakan rangkaian kenderaan pandu uji, tempat penyerahan kenderaan baharu, ruang istirehat pelanggan yang selesa dengan sambungan WiFi dan sudut hiburan kanak-kanak, sementara ibu bapa dapat melihat dan berbincang dengan penasihat jualan yang mesra dan sedia membantu.

"Pelanggan dialu-alukan untuk memandu uji model yang ada supaya mereka dapat merasai keseronokan memandu kenderaan Nissan. Untuk kemudahan pelanggan, pandu uji boleh juga diaturkan di rumah atau di pejabat pelanggan," katanya.

image is not available

image is not available

Sejajar dengan hala tuju untuk mengukuhkan kehadiran keseluruhan Nissan di Malaysia, ETCM turut mengumumkan bilik pameran yang dinaik tarafkan ke NRC-NEXT rakan kongsi peniaga, Kulai Public Motor Sdn Bhd di Kulai, Johor dan Ngu Brothers Motor Service Sdn Bhd di Sibu, Sarawak.

image is not available

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Nissan Malaysia di www.nissan.com.my atau hubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di 1800-88-3838. - DagangNews.com