Nissan Dedah Imej Acah Kereta Konsep Nismo Terbaru Menjelang Tokyo Auto Salon 2026

Cars
18 Dec 2025 • 4:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Debaran semakin memuncak menjelang ketibaan Tokyo Auto Salon (TAS) 2026. Nissan baru-baru ini telah memuat naik satu imej 'teaser' yang memaparkan sebuah kereta konsep misteri di bawah jenama prestasinya, Nismo.

Walaupun Nissan kini sedang bergelut dengan pelbagai cabaran industri, kemunculan model konsep baharu ini menunjukkan bahawa jenama automotif Jepun ini masih 'bertaring' untuk mara ke hadapan.

Apakah Yang Kita Tahu Setakat Ini Mengenai Model Konsep Misteri Terbaru Nismo?image is not available

Imej yang dikongsi hanya menunjukkan sebahagian kecil bahagian belakang kenderaan tersebut. Walaupun dalam kegelapan, sentuhan agresif rekaannya terserlah dengan sudut-sudut yang tajam. Elemen yang dapat dilihat dengan jelas daripada imej tersebut ialah lampu belakang jenis melintang yang terletak di bawah komponen yang kelihatan seperti spoiler bibir yang sporty.

Selain itu, jika dilihat dengan terperinci, turut didedahkan ialah liang udara menegak yang diposisikan pada sudut fender yang lebar.

Berdasarkan bentuk cermin belakangnya yang kelihatan seperti condong ke bawah, ada kemungkinan model ini hadir dalam bentuk badan sebuah coupe sport, hot-hatch atau mungin juga sebagai sebuah model crossover berprestasi.

Dari segi trenkuasa, setakat ini, Nissan masih merahsiakan sama ada jentera ini akan dijana oleh enjin petrol sepenuhnya atau kuasa elektrik tulen.

Adakah Nissan Akan Memperkenalkan Nismo Baharu Tahun Depan?

Selain daripada model konsep penuh misteri ini, Nissan turut mengesahkan bahawa sebuah prototaip Nismo berasingan bakal membuat kemunculan ‘serius’ untuk kegunaan litar pada tahun 2026, sebelum versi jualannya menyusul. Tapi buat masa ni, identiti prototaip yang dimaksudkan masih tidak diketahui sama ada ianya sama dengan imej teaser yang dikongsikan ataupun tidak.

Fairlady Z Nismo Akan Ditawarkan Dalam Versi Manual?image is not availableimage is not available

Dalam perkembangan lain, Nissan dikhabarkan bakal mendedahkan Nissan Fairlady Z Nismo versi 2026 di pasaran domestik Jepun menjelang musim panas tahun depan. Model ini akan muncul dalam versi transmisi manual untuk memuaskan hati peminat yang mahukan kawalan penuh tiga pedal pada model Nismo.

Apakah Jentera Lain Yang Bakal Memeriahkan Tapak Pameran Nissan Di TAS 2026?image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Nissan bukan sahaja membawa jentera berprestasi tinggi, malah pelbagai model kustom lain untuk pelbagai gaya hidup di TAS nanti seperti:

X-Trail Rock Creek Multibed Wildplay: SUV yang diubah suai khas untuk peminat aktiviti perkhemahan dan aktiviti outdoor.Nissan Leaf EV Autech: Versi lebih premium bagi kenderaan elektrik popular Nissan ini.Nissan March 'Stick-Shift': Sebuah model kompak March yang telah diubahsuai sepenuhnya dan dipadankan dengan transmisi manual.Ikon Super GT: Kereta lumba Motul Autech GT-R 2016 yang asal turut akan dipamerkan sebagai penghormatan kepada persaraan pelumba lagenda Nissan, Tsugio Matsuda.

Juga Menarik: Dilancar: Nissan Frontier Pro - Harga Bermula Daripada RM99,800