Ini Dia SUV Ruggged, Kia EV5 Weekender, Lasak, Macho Habis

Cars
25 Nov 2025 • 3:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Selain jenama China, pengeluar automotif Korea, Kia, turut mencuri tumpuan di pameran Auto Guangzhou 2025 yang sedang berlangsung ketika ini apabila memperkenalkan model konsep terbaharunya yang  dikenali sebagai Kia EV5 Weekender. 

Model yang dibangunkan oleh Pasukan Reka Bentuk Gaya Kia China, sebenarnya  telah direka semula menjadi sebuah SUV EV lasak.

image is not availableimage is not available

Menjadi model Kia keempat yang memakai lencana Weekender, EV5 Weekender meneruskan trend seperti mana  pendahulunya dengan menampilkan rupa luar yang rugged selain dilengkapi dengan pelbagai ciri menarik.

image is not available

Untuk makluman, EV5 Weekender dipadankan dengan tayar yang lasak, manakala suspensi  juga ditinggikan  untuk membuatkan SUV elektrik ini kelihatan lebih gagah.

Bukan itu sahaja,  jarak kelegaan tanah juga dilihat agak  tinggi berbanding SUV jenama lain.

Bagi menonjolkan ia sebuah SUV lasak, ia hadir dengan  lapisan plastik bawah badan berwarna kelabu dengan pelindung skid plates, ada sambungan fender yang lebih lebar, skirt sisi yang lebih tebal, serta bampar hadapan dan belakang juga kelihatan agak agresif.

Ia yang hadir dengan warna hijau limau turut menampilkan  bentuk lampu depan yang agak menarik selain terdapat juga rak bumbung.

Ciri-ciri ini membuatkan ia bukan sahaja sebuah SUV lasak tetapi sudah pastinya mampu meredah permukaan tinggi mahupun banjir.

image is not available

Sementara itu, melihat kabinnya, warna kuning yang dipadankan dengan warna kelabu membuatkan ia cukup menyerlah.

Selain itu, ia dilengkapi dengan stereng tiga jejari baharu, susun atur konsol tengahnya telah diolah semula dimana ia kini hadir  dengan pelbagai ruang simpanan, liang udara pendingin hawa yang direka semula, upholsteri bertekstur 3D baharu  dan banyak lagi.

image is not availableimage is not available

Melihat ruang kargonya, para pereka Kia telah melengkapkan EV5 Weekender dengan pelbagai ruang simpanan dan slot peralatan, selain beberapa pemegang cawan tambahan dan rel pada pelapik bumbung untuk membolehkan si pemilik dapat mengikat peralatan atau barangan dengan mudah.

image is not available

Memandangkan ia masih dalam bentuk konsep, Kia belum mendedahkan sebarang spesifikasi mengenai rangkaian kuasa EV5 Weekender.

Sebaliknya, kami  kami menjangkakan kereta  konsep ini mungkin mendapat set penyerap hentak baharu berdasarkan rupanya yang ditinggikan.

Untuk pengetahuan anda, Kia EV5 yang ada sekarang menggunakan platform E-GMP yang sama seperti banyak EV moden Kia dan Hyundai, dan ia ditawarkan dalam bentuk FWD serta AWD.

image is not available

Setakat ini, Kia masih belum mengumumkan sebarang perancangan untuk mengubah EV5 Weekender menjadi model produksi sebenar.

Hakikatnya, tidak mengejutkan jika Kia menawarkan versi Weekender yang lebih ‘low-profile’ untuk EV5, mungkin sebagai varian rugged baharu atau  EV5 GT yang sporty, yang bakal membuat penampilannya tidak lama lagi.