Nissan Kicks e-Power Dilancarkan – EV Menggunakan Petrol Untuk Menjana Elektrik Bermula RM 113,800

TechnologyDigitalCars
4 Dec 2024 • 11:10 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Di acara KLIMS 2024 pagi ini Nissan telah melancarkan kereta elektrik (EV) mereka iaitu Kicks e-Power. Berbeza dengan EV lain yang memerlukan pengecasan sekaligus mengambil masa pengguna, Nissan Kicks e-Power menjana kuasa elektrik menggunakan petrol yang tidak memerlukan waktu pengecasan yang panjang.

image is not available
Nissan Kicks e-Power

Pengisian petrol penuh membolehkan ia bergerak sehingga 900 km, dengan purata penggunaan tenaga ialah 21.7km/ L. Petrol ini digunakan untuk mengecas bateri dan juga memberikan kuasa elektrik terus ke motor elektrik e-Power generasi kedua. Malah untuk sistem elektrik e-Power ini telah ditambah baik dari segi kapasiti bateri dari 1.57 kWh kepada 2.06 kWh, dan sel bateri yang ditambah dari 80 sel kepada 96 sel, bagi memberikan kuasa setinggi 95kW dengan tork maksimum 280 nm.

image is not available

Selain dari itu ia juga dilengkapi dengan 9 fungsi pemanduan pintar, dan manfaat utama Nissan Kicks e-Power ini adalah pecutan seumpama elektrik, tanpa sebarang kerisauan pengecasan. Nissan Kicks e-Power ini ditawarkan dalam dua versi iaitu VL dan VT, dengan versi VT turut ditawarkan dalam pilihan dua tona warna.

image is not available

Nissan Kicks e-Power VL dijual pada harga RM 113,800 dengan jaminan selama 5 tahun atau 100,000km, dan jaminan komponen elektrik serta bateri selama 8 tahun atau 160,000KM. Versi VLT akan dijual pada harga RM 121,800 manakala VLT dua tona warna dijual pada harga RM 125,800.

Khas untuk 500 pembeli pertama untuk kesemua varian, rebat sebanyak RM 5000 dan juga jaminan komponen elektrik tambahan selama 2 tahun, menjadikan jaminan komponen elektrik selama 10 tahun atau 160,000km.

image is not available

Dengan pengenalan Nissan Kicks e-Power ini akan dapat menawarkan pilihan kereta elektrik berbeza untuk pengguna, dengan manfaat motor elektrik, tanpa sebarang kerisauan pengecasan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved