Nissan Serena C28 Facelift Muncul Di Jepun – Aura Elegan Lebih Terserlah

Cars
19 Dec 2025 • 5:35 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kereta untuk kegunaan keluarga, Nissan Serena generasi keenam (C28) kini muncul dalam versi facelift di pasaran Jepun. Versi kemas kini pertengahan hayat ini tampil dengan imej yang lebih segar dan teknologi kabin yang lebih pintar, walaupun masih menggunakan sistem trenkuasa yang sama.

Pengenalan model ini di Jepun pastinya menarik perhatian peminat MPV ini di Malaysia, memandangkan model C28 versi pra-facelift baru sahaja diperlihatkan kepada umum di tanah air baru-baru ini.

Apa Yang Berubah Dari Segi Visual Pada Serena C28 Facelift?image is not availableimage is not available

Perubahan paling ketara adalah pada bahagian wajah hadapannya yang kini lebih elegan, menyerupai "abangnya”, Nissan Elgrand. Gril kali ini diberikan corak V-Motion terbaru Nissan, dengan bentuk V menegak yang disepadukan terus ke dalam lampu depan LED, menggantikan bilah melintang pada model lama.

image is not availableimage is not available

Dari tepi pula, kelihatan penggunaan rim aloi baharu dengan elemen tiga jalur yang senada dengan tema wajah hadapan.

Untuk pasaran Jepun, edisi Autech Line ditawarkan dengan gril krom gelap, kemasan metalik pada badan dan rim multi-jejari 16 inci yang lebih eksklusif.

Apakah Perubahan Yang Diberikan Pada Ruang Kabin?

image is not availableimage is not availableimage is not available

Kabin Serena C28 facelift kekal praktikal dengan susunan 3 barisan tempat duduk (7 atau 8 penumpang). Nissan turut menawarkan varian Multi Box khas di mana kerusi barisan ketiga digantikan dengan unit storan modular yang boleh "menjelma" menjadi meja atau bangku mengikut keperluan.

Skrin infotainmen kini disokong oleh NissanConnect yang dilengkapi sistem Google secara terus seperti Google Maps, Play Store dan Google Assistant.

image is not availableimage is not available

Mendengar maklum balas pengguna, Nissan kini menambah fungsi memori untuk mod pemanduan pedal tunggal (e-Pedal) serta sistem peringatan kehadiran penumpang belakang.

Adakah Enjin Dan Sistem e-Power Masih Sama?image is not available

Nissan Serena C28 Facelift kekal menggunakan sistem trenkuasa sedia ada yang terdiri daripada pilihan berikut:

Enjin Petrol 2.0L (MR20DD): Menghasilkan 150 PS dan 200 Nm, dipadankan dengan transmisi CVT.Sistem e-Power (HR14DDe): Enjin 1.4L bertindak sebagai penjana kuasa kepada motor elektrik yang menghasilkan 163 PS dan 315 Nm.

Pilihan pacuan semua roda (AWD) juga ditawarkan bagi varian e-Power dengan tambahan motor elektrik pada gandar belakang.

Berapakah Harga Jualannya Di Jepun & Bagaimana Dengan Pasaran Malaysia?

image is not available

Di Jepun, tempahan untuk Serena C28 facelift kini telah diumumkan dengan harga bermula dari JPY 2.785 juta (~RM72,737).

Memandangkan Serena C28 versi pra-facelift baru sahaja dipertontonkan di negara kita pada awal bulan ini dengan jangkaan pelancaran pada suku pertama (Q1) 2026, versi facelift yang baru dilancarkan di Jepun ini berkemungkinan besar akan tiba di pasaran tempatan dalam tempoh setahun atau dua tahun lagi.