AirAsia Umum Kru Kabin Kini Boleh Berhijab, Seragam Baharu Dilancar Ramadan 2026

5 Dec 2025 • 3:08 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

AirAsia memperkenalkan pembaharuan besar apabila mengumumkan kru kabin wanita kini dibenarkan memakai hijab semasa bertugas, selaras dengan polisi seragam baharu yang dijangka mula dilaksanakan pada suku pertama 2026 bersempena Ramadan.

Utamakan keselesaan kru

Memetik laporan Bernama Radio, langkah ini dibuat bagi memberi lebih fleksibiliti serta memastikan setiap kru berasa selesa dan yakin semasa bekerja.

image is not available
image is not available

Masih kekalkan warna ikonik

Difahamkan, seragam baharu itu masih mengekalkan warna merah ikonik, dengan pilihan hijab dan seluar yang direka secara profesional  sama seperti kru yang bertugas di laluan Jeddah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam, berkata pembaharuan ini menunjukkan perkembangan AirAsia sebagai syarikat penerbangan global yang meraikan kepelbagaian.

“Seragam kami sentiasa mencerminkan profesionalisme, keselamatan dan keselesaan dan evolusi ini membina asas tersebut dengan memberikan keyakinan kepada kakitangan kami selaras dengan kepercayaan mereka,” katanya.

image is not available

Ketua Kru Kabin Kumpulan AirAsia, Suhaila Hassan, turut menegaskan kepelbagaian kakitangan yang menjadi nadi kekuatan syarikat.


“Polisi terkini membuktikan semangat pelbagai dan dinamik yang menjadi identiti AirAsia… kami akan terus menerima maklum balas daripada Allstars kami,” ujarnya.

image is not available

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes, berkata keputusan ini lahir daripada pandangan kru sendiri.

“Menghormati pandangan dan kepercayaan yang berbeza bukan sahaja sebahagian daripada budaya kami… inilah cara kami berkembang dengan berevolusi bersama berdasarkan pandangan daripada kakitangan kami,” katanya.

image is not available

Artikel lain: Sempena PRN Sabah, Air Asia Tawar Promosi Tambang Tetap RM299 Sehala

Langkah terbaharu ini dianggap sebagai satu perkembangan positif dalam usaha AirAsia meraikan inklusiviti dan kebebasan berpakaian mengikut kepercayaan kru kabin mereka.

Sumber: Bernama Radio 

The post AirAsia Umum Kru Kabin Kini Boleh Berhijab, Seragam Baharu Dilancar Ramadan 2026 appeared first on Borak Daily.