
Kota Kinabalu: Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menunjukkan usaha jelas dalam pembangunan dan bantuan untuk rakyat Sabah.
“Kepimpinan Ketua Menteri jelas mempamerkan usaha berterusan tanpa mengira latar belakang dan perbezaan fahaman politik,” katanya dalam kenyataan, Isnin.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); Beliau berkata Hajiji, bersama barisan menteri dan wakil rakyat, fokus kerja dan usaha untuk merealisasikan makna menerajui pimpinan sebenar kepada rakyat.
“Jadi andai ada pihak yang mempertikai keupayaan beliau, pihak itu nyata sebenarnya mempunyai niat buruk dan melontarkan tuduhan tidak berasas,” katanya.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Nizam mengulas kenyataan Ketua Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang mempertikaikan seruan Hajiji agar rakyat terus memberi sokongan kepada kerajaan negeri.
Menolak kritikan Bung sebagai tidak berasas dan mengelirukan, Nizam menunjuk kepada pencapaian Sabah di bawah kepimpinan Hajiji dan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Fakta jelas menunjukkan bahawa di bawah kepimpinan Hajiji, Sabah mencatatkan pelbagai pencapaian yang membanggakan. Pada tahun lepas, Sabah menerima pelaburan berjumlah RM11.34 bilion, termasuk projek projek besar yang bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.
“Selain itu, hasil negeri juga meningkat secara signifikan, mencecah RM6.9 bilion pada tahun 2023, membuktikan kebolehan kerajaan negeri dalam mengurus ekonomi dengan baik,” katanya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Nizam mengetengahkan fokus kerajaan negeri kepada sektor tenaga dan infrastruktur, mengambil contoh projek penting yang bertujuan untuk meningkatkan bekalan tenaga Sabah.
“Pelaksanaan projek solar hibrid dengan kapasiti 199MW, pembinaan stesen janakuasa hidroelektrik di Ulu Padas, pelancaran projek BESS (Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri) 100MW di Lahad Datu adalah petunjuk jelas komitmen kerajaan untuk memastikan semua tempat di negeri ini menerima bekalan elektrik yang lebih stabil,” jelasnya.
Nizam menegaskan, usaha berterusan yang dilaksanakan okeh Hajiji dan Kerajaan Negeri adalah bukti bahawa semua yang dirancang untuk rakyat Sabah adalah nyata dan bukan sekadar menabur janji.
“Ketua Menteri kita laksanakan dan ini yang kita semua perlukan. Rakyat Sabah mahu pimpinan yang peka dengan masalah rakyat, masalah negeri, pemimpin yang benar-benar membawa perubahan yang ketara kepada Sabah.
“Beliau tidak ‘merayu simpati’ seperti yang didakwa, sebaliknya beliau bersikap telus dan realistik dalam memastikan kesinambungan pembangunan Sabah,” katanya.
Nizam berkata, pembangunan dan kemajuan negeri bukan sesuatu yang boleh dicapai dalam satu penggal, dan memerlukan kesinambungan serta kestabilan politik untuk mencapai kejayaan lebih besar.
Tegas Nizam, keperibadian Hajiji sebagai pucuk pimpinan adalah jelas bersifat prihatin dan bahawa mandat rakyat sebagai kunci untuk memastikan segala perancangan yang telah bermula dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
“Hakikatnya, di bawah kepimpinan Hajiji, Sabah telah menunjukkan kemajuan yang ketara, dan usaha ini perlu diteruskan tanpa gangguan politik yang hanya akan merugikan rakyat.
“Apa yang diperlukan Sabah sekarang bukan polemik tidak berasas, tetapi kestabilan dan kesinambungan kepimpinan yang telah terbukti berjaya,” ujar beliau.

