NL: Aksi England paling sempurna

Football
17 Nov 2026 • 9:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: NL: Aksi England paling sempurna

MADRID – Pengendali England, Thomas Tuchel menyifatkan kemenangan dramatik 3-2 ke atas Sepanyol pada aksi Liga Negara-Negara Eropah, awal pagi semalam sebagai persembahan terbaik sepanjang tempoh khidmatnya bersama skuad The Three Lions.

Kejayaan ini membolehkan England memintas La Roja selaku juara Kumpulan A3 dan menamatkan rekod baik juara dunia itu yang sebelum ini kebal dengan pencapaian 43 perlawanan tanpa kalah.

“Melihat kepada keadaan, tekanan, kualiti lawan dan lokasi perlawanan, ini adalah persembahan paling lengkap serta terbaik setakat ini sepanjang tempoh saya mengendalikan England. Kami sedar apa yang telah dipamerkan.

“Untuk mendahului 3-0 selepas 60 hingga 65 minit dan melakukannya dengan penuh merit adalah sesuatu yang luar biasa,” katanya.

England mempamerkan aksi cukup meyakinkan apabila mendahului 3-0 menerusi sepakan penalti Harry Kane sebelum Ezri Konsa dan Ben White menambah dua lagi jaringan untuk meletakkan tuan rumah dalam keadaan tertekan.

Selepas Elliot Anderson dilayangkan kad merah, Sepanyol cuba bangkit, namun hanya mampu menghasilkan dua gol menerusi Mikel Oyarzabal dan Nico Williams.

Tuchel juga mengakui kad merah terhadap Anderson merubah momentum perlawanan, namun pemain tahu apa yang perlu dilakukan bagi mengatasi tekanan daripaa Sepanyol.

“Tempoh 30 minit menentang Sepanyol (selepas kad merah) tidak ubah seperti 30 jam. Namu daripada segi semangat berpasukan, keyakinan dan kebersamaan, ia jelas berada pada tahap terbaik,” katanya. – AGENSI

The post NL: Aksi England paling sempurna appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved